Thursday, December 4, 2008

Kembali Bertugas


Setelah berada di PD dari 1 - 3 Dis untuk Team Building, hari ini aku kembali bertugas di pejabat. Apabila di kenang balik, agak menyeronokkan apabila mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Tetapi yang paling penting adalah "moral" @ pengajaran yang didapati daripada semua aktiviti aktiviti-aktiviti tersebut. Tidak ketinggalan aku dapat mengenali pegawai-pegawai lain yang bertugas di BPK.

Tanpa disedari kita dapat "membaca" (diri kita juga dibaca) sikap dan personaliti rakan setugas di BPK. Tidak ketinggalan bakat semulajadi juga turut terserlah terutama kepimpinan dan kerjasama semasa aktiviti berkumpulan.

Walau pun kosnya agak mahal dan masih terdapat ruang untuk penambahbaikan, kursus-kursus seperti ini patut diteruskan dan jika boleh mendapat penglibatan semaksimum mungkin pegawai dalam BPK.

* Jutaan terima kasih kepada Rohana, sahabat lama yang tolong snap gambar di atas. Untuk makluman, kumpulan aku, "Selalu Bagus" dapat Johan Kumpulan dalam acara Bina Sesawang Lelabah dan tempat ketiga acara keseluruhan. Johan sehingga hari terakhir dimana hanya dapat juara kumpulan acara "tarik tali" (tak ada markah!)

1 comment:

rohanaputeh said...

No problem bro, im passing round 2 CD's 4 our staff to dwld their pics. Will b ur turn soonnnnnnn. @ d moment d CD's is with Kamal Sains Social