Monday, December 22, 2008

Permulaan Hari Yang Tidak Memberangsangkan

Semasa terlelap malam tadi aku dalam keadaan tersenyum lebar. Arsenal sedang mendahului Liverpool dengan 1 - 0 melalui jaringan Van Persie. (Sejak bujang dulu aku memang tak boleh "berjaga" hingga lewat malam/pagi walaupun pasukan kegemaran bermain). Berdasarkan prestasi semasa agak sukar Liverpool untuk mengubah keputusan tersebut. Tambahan pula bermain di Highbury dan dalam prematch statementnya, Wenger berkata bahawa "Kemenangan ke atas Liverpool adalah suatu kemestian".
Pagi tadi, sambil bersiap untuk ke pejabat aku terus "on" ESPN - rupa-rupanya Liverpool berjaya mendapat keputusan seri melalui jaringan R.Keane. Keputusan seri tersebut hanya menggembirakan MU & Chelsea. Kedudukan Arsenal juga semakin parah apabila Adebayor dilayangkan kad merah.
Namun begitu, aku kasihan kepada M.Hunges kerana terpaksa menerima hakikat pasukannya kalah kepada West Brom pada waktu kecederaan. Mungkinkah dia akan senasib P.Inch dalam waktu terdekat?

No comments: