Sunday, December 21, 2008

Hadir Jemputan Kenduri

Hari ini ada tiga jemputan tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan hanya dapat hadir dua sahaja. Kenduri yang pertama adalah di Dewan Presint 8, Putrajaya. Kenduri anak lelaki En Jawaludin Nawi (Pengerusi PIBG SK Putrajaya Presint 9(1). Yang bestnya jemputan untuk majlis tersebut aku terima melui e-mel sahaja! Kebetulan dapat makan semeja dengan famili Pn. Nafishah [Guru Besar SK Pj9(1)].
Kenduri yang kedua diadakan di "kampung Pengantin". Bila baca kad jemputan macam tak percaya, tapi rupanya tempat tu memang tempat khas untuk kendalikan majlis kenduri kahwin.
Terletak di Jalan Ampang, tempat tu dah siap ada beberapa khemah kekal, tempat memasak, musolla, bilik sejuk dan kawasan parking yang luas. Sistem siarayanya juga agak canggih. Apabila juruacara mengumumkan ketibaan pengantin yang diiringi paluan kompang, aku tercari-cari juga mana orang yang berkompang. Rupa-rupanya hanya rakaman sahaja........
Canggih sungguh majlis kenduri kini.....

No comments: