Singgahan pertama di Temoh, Perak untuk jumpa Khaidir & famili. Khaidir ni sahabat semasa bertugas di Sek Rantau PETRONAS. Sempat berkelah di Cameron Highland pada pagi Khamis.
Petang Khamis tiba di Penang dan terus "exercise" di Queensbay Mall. Malam terus ke RECSAM, nasib baik dapat bilik. Tak masuk bilik, sebaliknya sambung "exercise" di Prangin Mall dan ke Padang Kota....
Selepas sarapan kami ke Bukit Bendera. Anum sempat dapat rawatan untuk batuknya di Klinik Kesihatan di puncak Bukit Bendera. HA dan jururawat amat gembira kerana dapat jalankan tugas pada hari ini (selalunya tiada pesakit!). Jumaat tengah hari bertolak ke Pokok Sena sebab Hj. Yahya jemput kenduri masuk rumah baru. Dalam perjalanan ke Jitra singgah di "nat" untuk pekena pesembur lagi.. Semalam tak puas (kata Anum).
Malam ni tidur di rumah Wan Razif, sahabat baik zaman maktab yang kini GPK di SMK Bukit Kayu Hitam. Esok kalau jadi ke Arau pula.....
1 comment:
bwak larh ole-ole tok kitaorang k .
jgn lpa orang di sinie .
Post a Comment