Setelah jadual untuk ke seberang tidak terlaksana akibat keracunan makanan, Hamzah jamu kami makan malam di Rimba Cafe, Kangar. Oleh sebab masih belum pulih sepenuhnya kami order sup dan tomyam sahaja. Boleh tahan masakannya. Tapi bila masuk kedai tak macam "rimba" pun.
Selepas itu kami ke kawasan jeti Kuala Perlis. Sungguh meriah, musim cuti agaknya. Ada pertunjukan kereta berspeaker hebat, pasar malam, senamrobik, kereta kuda dan lain-lain.
Pekak agaknya empunya kereta ini sehinggakan perlu sebegitu banyak "loud speaker" dalam keretanya.
Di sepanjang jalan ke Kuala Perlis, berderet kereta parking di pesisir pantai, penumpangnya ambil angin malam, memancing dan tidak ketinggalan ada juga yang "memancing".
No comments:
Post a Comment