Sunday, November 30, 2008

Sepetang di Alamanda

Semalam, Sabtu, aku, Anum dan Fathiyah ke Alamanda selepas Asar untuk lihat Amirul (JM Briyani), Abg Arif (Tropicana Life) & Nurul (Parkson). Sempena cuti ni, anak-anak aku kerja sementara di Alamanda. Lepas menjamu di JM Briyani (dapat 10% discount), sedar-sedar waktu hampir Maghrib.

Anum perlu berbelanja di Carefour untuk bekalan Farhana yang kebetulan balik hujung minggu. Aku terus ke musollah yang terdapat di Aras LG. Walau pun akhirnya aku dapat berjemaah (kumpulan ke-3), masih ramai yang menunggu giliran untuk solat Maghrib. Suasana di musolla itu sungguh memberi kesedaran. Tetapi apabila kembali ke kedai-kedai di Alamanda terdapat ramai Melayu (muslim) yang seolah-olah tidak sedar bahawa waktu Maghrib hampir tamat(musafir?).

Mohon pandangan para pembaca.
1. Memandangkan ramai beratur untuk ambil wudu' dan aliran air paip yang perlahan, perlukah kita lakukan 3 kali (sunat) setiap perbuatan wudu'?
2. Imam baca surah dan doa panjang sedangkan terdapat ramai menuinggu giliran untuk solat memangdangkan tempat terhad?

1 comment:

Sukimin said...

rasanya soalan yang pertama macam dah ada jawapannya iaitu sunat....
apa-apapun nak ucap tahniah arsenal menang ke atas chelsea semalam. tapi jangan lupa mu pun menang juga!