Sebaik sahaja selesai bantu kemas majlis perkahwinan adik di JB, (selepas Maghrib) terus memandu balik ke Putrajaya. Selepas isi penuh NGV di Air Keroh, dah mula rasa mengantuk (letih banyak salam kaut, mengemas dan melayan tetamu agaknya). Terpaksa gagahkan juga. Tiba di Putrajaya pukul 12.05am.
Asalnya tak nak pergi konvo ni, tapi kawan2 & famili nasihatkan ini peluang sekali seumur hidup. Akhirnya aku pergi juga. Dulu masa dapat sijil perguruan TESL di MPB & Diploma Public Admin di UITM Dungun aku pergi tapi tak naik pentas, saja pergi nak jumpa kawan-kawan lama.
Nampaknya tak rugi pergi konvo sebab gembira dapat jumpa kawan2 MGB TESL seperti Manisegar, Vijaya, Chua, Yunus dll yang turut hadir. Namun agak sedih kerana terdapat 3 sahabat yang tak hadir sbb meninggal dunia dan juga sahabat2 yang masih belum menamatkan pengajian.
Terima kasih tidak terhingga kepada Isteri dan famili yang memberi sepenuh sokongan, para sahabat sekuliah, para tenaga pengajar dan tidak ketinggalan Minjuk yang telah tunjukkan jalan. Syukur Alhamdulillah. Akhirnya pada umur 48 tahun dapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian).
4 comments:
Hmmm...kalau tau ada salam kaut,boleh gak gi tolong ganti.
Tahniah! You deserved it Pak Din! Missed our friends there
Tahniah! Bila nak buat reunion SKPutrajaya?
tahniah... but kecil hati ko tak datang umah aku house warming. sob,sob.
Manja, Sorrylah tak dapt gi rumah hangat(house warming) kau. Kalau dalam ekonomi disebut kos melepas. Walau bagaimana pun tahniah sbb pindah rumah baru.
Post a Comment