Nama aku tersenarai dalam Kursus Pengurusan Fail Berkualiti yang dianjurkan oleh UPS-BPK-KPM yang diadakan di Hotel Mayang Sari, Port Dickson. Kursus tu penting bagi aku sebab nak tahu kategori fail, pengurusan fail, dll. Sepatutnya kursus selama 4 hari (Isnin - Khamis). Malangnya hanya dapat hadir satu hari sahaja (Selasa) sebab banyak urusan pejabat (kata KU aku....). Dahlah jarang-jarang dapat kursus@tugas luar pejabat, bila dapat peluang dihadkan pula......
Hari Isnin lalu (mula 5.30pm) bantu buat persembahan kepada TKSU-KPM tentang penstrukturan semula. Hari ini (Rabu) kerja aku tolong gamkan carta struktur baru BPK, pergi mesyuarat penyelarasan Latihan Pegawai "one-off" di Luar Negara di BPG (E13). Esok belum tahu lagi. Aku pun tak nampak apa urusan mustahak dan banyak kerja di pejabat yang dimaksudkan oleh KU aku tu.....
Entahlah, mungkin aku dah salah pilih untuk ke BPK dulu. Hanya masa yang akan tentukan.
3 comments:
Kita tumpang simpati wak. Byk lagi yg lain dari yg lain d BPK tu. If u cannot fight them, join them je.
sabar pak din...sabar.
apa tunggu lagi kat situ.. chow la! dia orang ni buta... tak nampak potential orang mcm kau. hanya jauhari mengenal manikam...
Post a Comment