Tuesday, June 16, 2009
Suatu Masa Dahulu V
Bermain Bola Baling
Sejak kebelakangan ini aku lebih gemar kenang kembali zaman aku kanak-kanak dulu. Masa tu tiada masalah langsung. Kalau lepas sekolah, jam 4 petang (macam dah janji) bila aku ke kawasan lapang di skudai kiri tu, dah ada ramai kawan-kawan sebaya. Dengan sebiji bola tenis pun kami boleh seronok dan leka bermain.
Pada masa tu kami gemar main "bola baling". Lubang sebesar bola tenis dibuat menggunakan hentakan tumit kaki ke tanah. Bilangan lubang bergantung kepada bilangan yang setuju nak main. Setiap lubang "dipunyai" oleh seorang pemain. Selalunya lubang daripada permainan semalam masih boleh digunakan. Garisan sempadan dilukis agar sekurang-kurangnya sebelah kaki pemain berada dalam kawasan apabila bola dileret ke arah lubang.
Secara bergilir, setiap pemain akan meleret bola tenis ke arah lubang pemain lain dan bersedia untuk lari. Tuan punya lubang yang dimasuki bola perlu segera ambil bola tersebut dan tanpa keluar dari garisan, perlu baling ke arah salah seorang pemain lain. Jika balingan kena, maka pemain terkena balingan akan dapat 1 kiraan. Cebisan daun diletak dalam lubang. Jika balingan tidak mengena, 1 kiraan dikenakan ke atasnya sendiri.
Permainan dikira tamat apabila salah seorang pemain mendapat 10 kiraan. Sebagai dendaan, pemain tersebut perlu berdiri sambil depang tangan di dinding dan pemain lain baling bola tenis kearahnya dari jarak yang telah dipersetujui. Bilangan balingan bergantung kepada bilangan cebisan daun yang terdapat dalam lubangnya. Jika ada 6 cebisan daun, maka dia layak untuk buat 4 balingan.
Pernah suatu ketika arwah kang man pernah "sengaja kalah" agar aku tidak menjadi mangsa. Pada masa tu aku hairan juga kenapa tiba-tiba kang man dapat cebisan daun yang bertubi-tubi. Tapi sekarang baru aku faham.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Ni boleh buat drama swasta bersiri ni..sure rating tinggi!
pelakonnya dah ada ke lum? kalau belum ada, nak masuk ujibakat boleh tak? Shikin jadi orang yang kena baling tu aje. Apa2pun kang man adalah hero di hati....alfatihah!
permainan ni untuk lelaki sahaja ...
Minjuk dan Shikin waktu kecik dulu main ape?
Post a Comment