Monday, June 15, 2009

suatu masa dahulu III

Menonton tv
sebelum arwah bapak mampu beli tv, aku adik-beradik selalu tumpang tonton tv di rumah jiran. antara rancangan yang amat diminati adalah "hawai Five-O", Combat, Manix dan Little House in the preiry. Pelakon yang masih aku ingat adalah vic morrow, jack lord dan micheal london. masa tu hanya ada tv "warna" hitam putih. pilihan saluran terhad. bagi yang tinggal di jb, dapatlah siaran dari singapura. jika di kuala lumpur hanya saluran 3 dan 10 sahaja.
masa tu belum ada lagi alat remote. setiap kali nak tukar saluran terpaksa bergerak ke panel tv dan putarkan tombol saluran. pernah tombol tersebut patah, kami terpaksa guna "playar". masa siarannya pula terhad tidak 24 jam seperi kini. tv singapura saluran 5 mula pukul 3. sebelum siaran dimulakan, promo lagu kebangsaan singapura dimainkan. selalunya aku dah siap tunggu sehinggakan aku dah hafal lagu tersebut.
petang sebelum maghrib, rancangan yang aku selalu tunggu adalah kartun sinbad the sailor, rancangan dari jepun ultraman dan tentang kanak-kanak bersama dinasornya yang selamatkan dunia daripada ancaman haiwan gergasi lain.

No comments: