Disebabkan YDP PIBG tidak dapat hadir untuk bersama Timbalan Pengarah JPN WP Putrajaya, aku (naib YDP PIBG) terpaksa jadi wakil. Mulanya resah juga sebab kena duduk atas pentas sambil dengar penerangan tentang sekolah kluster. Sambil tu dapat jumpa kawan-kawan lama. Seronok.
2. Restoran Rebung, Bangsar
Atas jemputan bekas pelajar Sekolah Rantau PETRONAS, Terengganu, Anum dan aku hadir untuk meraikan majlis perjumpaan tersebut. Selain ramai bekas pelajar, En. Ibni, Hj. Md. Nor, Cikgu Zaki dan Mrs Tan sanggup datang dari Terengganu. Dari KL hanya aku dan Shari sahaja yang hadir. Daripada ramai2 bekas murid aku, rupa2nya ada seorang selebriti, Ashraf namanya. Anum kata dia selalu berlakon drama. Aku tak kenal sebab jarang tonton drama Melayu.
3. Syoiknya Mancing, Puchung
Tergoda iklan dalam blog Minjuk, aku datang hari ini walau pun tak pernah mancing udang seumur hidup aku. Sambil tunggu udang makan umpan, aku update blog ni. Dah hampir 45 minit, tapi udang tak dapat pun. Mungkin semua udang puasa hari ni.
1 comment:
Salam Din,
Wah...canggih sekarang. Ikut perkembangan zaman. Bagus, bagus.
27 Jun lepas akupun turun KL, ada perjumpaan dengan ex-student Rantau, yang juga jiran aku kat Kerteh. Ada jumpa beberapa orang lagi ex-students.
Eh, kau jumpa Mrs Tan? Phaik Lean ker? Dah lama aku cari dia. Bleh beri phone number dia, atau email add ker.
Kau sekeluarga sihat ker?
Aku kat Penang lagi. Terus menetap kat sini, kot.
Salam untuk Anum dan anak-anak kau.
Post a Comment