Monday, June 22, 2009

Alumni SK Tambatan

Antara dapatan menarik daripada perjumpaan Alumni SK Tambatan adalah
1. Asal usul nama sekolah
Sk Tambatan terletak kira-kira 150 meter dari gigi air Selat Tebrau. Pejabat pentadbiran Syahbandar Wilayah Selatan terletak di sini. Pada masa dahulu para nelayan & pedagang "menambat" perahu & kapal mereka di sini. Apabila sebuah sekolah dibina di kawasan tersebut, maka nama yang difikirkan sesuai adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Tambatan.

2. Licence To Kill
Antara reramai bekas murid yang hadir, terdapat seorang sahabat lama yang sekampung dan sekelas hingga ke sekolah menengah. Abd. Hadi Betak namanya. Sewaktu majlis memperkenalkan diri, beliau mengaku (walaupun tidak dipinta) punyai lesen untuk membunuh. Yang hairannya, ketua polis Perak yang turut hadir (dia juga bekas murid Tambatan) tidak menangkapnya. Setakat 21hb. Jun 2009 beliau telah "membunuh" 13 manusia. Akhirnya Hadi beritahu kerjanya adalah "driver" kereta api. Sambil berseloroh dia berkata, dia tak ada "stering" untuk elak orang yang melintas di hadapannya. Breknya pun memang "kurang makan".
3. Usaha Pertama
Akibat daripada kekurangan murid pada sekitar tahun 80an, sekolah Tambatan telah dimansuhkan. Usaha telah dimulakan agar sebuah sekolah berdekatan ditukarkan namanya kepada SK Tambatan.

No comments: