angkat air
semasa aku bersekolah darjah 4, famili aku pindah ke skudai kiri, johor. tapak rumah kategori TOL [lesen menduduki sementara]. kebanyakan rumah di situ ketika itu tiada bekalan air paip. Kerajaan sediakan paip umum (agak besar & laju) di tepi jalan utama. setiap petang aku atau arwah kang man (abang aku) akan ditugaskan menyorong kereta air untuk mengambil air dari paip tersebut.
biasanya pada waktu petang, ramai akan beratur menunggu giliran untuk mengambil air. sementara tunggu giliran, aku selalu bermain bola sepak (bola plastik) atau "tumpang" tonton tv di rumah kawan yang bernama rizal. kadang kala dek seronok tonton tv, hingga terlepas giliran untuk isi air. akibatnya terpaksa tunggu lebih lama. Pernah juga terjadi "lupa' untuk ambil air maka dapat "hadiah" dari bapak.
semasa aku darjah 6, bapak mampu untuk pasang paip air ke rumah. oleh kerana rumah kami agak jauh dari jalan utama, kosnya amat tinggi. Yang istimewanya, paip air (daripada besi) dipasang atas tiang / pancang kayu yang tinggi kerana untuk elak terkena air laut yang membanjiri rumah kami ketika air pasang. Meter air pula terletak jauh di tepi jalan. Akibat daripada ada paip air, bapak ada "niaga baru" kerana jiran-jiran sekitar rumah sambung getah untuk "beli air". Selepas maghrib, setiap jiran dapat bekalan air untuk tempoh 1 jam. mereka bayar RM8. Tidak kurang daripada 5 jiran yang melanggan air dari arwah bapak.
No comments:
Post a Comment