Sunday, June 21, 2009

Balik JB lagi

Minggu lepas Man, kawan lama yang kini ketua pos skudai jemput balik JB sebab ada gathering bekas pelajar SK Tambatan. Masa aku Darjah 3 aku bersekolah di SK Tambatan Rendah. Masa tu SK Tambatan ada "Rendah" - darjah 1 - 3 dan "Tinggi" - darjah 4 - 6.
Tahun 1969 famili aku tinggal di Jalan Sungai Chat, berhampiran JARO dan English College. Aku jalan kaki sahaja ke sekolah. Istimewanya sekolah ini, apabila air pasang besar dan disertai hujan lebat, kawasan sekolah banjir.
Keadaan kelas macam dalam filem P.Ramlee. Kelas 1, 2 dan 3 hanya dipisahkan dengan dinding plywood paras kepala. Jika nak ke darjah 3, kena lalu darjah 1 dan 2. Masa tu semua murid lelaki. Murid perempuan kena ke sekolah lain yang berhampiran.

No comments: