1. Ibubapa hantar anak ke sekolah
a. Kerihatinan ibubapa hantar anak ke sekolah patut dipuji. Tetapi yang paling aku tak setuju adalah mereka berhenti dengan lama untuk urusan seperti beri duit sekolah, salam dan ambilkan beg. Pernah aku lihat ada yang beri "kata-kata nasihat" walhal di belakangnya banyak kereta tersangkut kerana lorong jalan sempit.
b. Ada pula ibubapa yang mungkin ada urusan dengan sekolah "sanggup" parking berhampiran pintu pagar sekolah. Dahlah jalan sempit, ibubapa lain dah tak oleh turunkan anak mereka di situ. Guru-guru pula terpaksa membelok masuk ke sekolah dari lorong kanan jalan.
2. Pembeli sarapan
Ada sebuah warong yang betul-betul terletak di simpang lampu isyarat kira-kira 10 meter dari sekolah. Pembeli-pembeli di warung pun letak kereta & motorsikal sewenang-wenangnya hingga ganggu lalulintas. Aku ada kalanya hampir lewat ke pejabat akibat tersangkut di persimpangan ini.
Ulasan
Rasanya kebiasaan seperti aktiviti beri nasihat akhir, beri duit sekolah, dan peluk cium anak [terutama yang punyai lebih dari satu anak sekolah] boleh dilakukan di rumah [sebelum menaiki kenderaan]. Ini dapat melicinkan dan elak kesesakan di kawasan sekolah.
Warung jualan tu patut dipdahkan ke lokasi lain. Jika peniaga tak nak beri kerjasama, alihkan simpang @ jalan ke tempat lain ..........
No comments:
Post a Comment