[Kekadang aku terasa nak hantar ulasan ke akhbar-akhbar berhubung ketidakadilan perkara yang berlaku di dunia ini. Tapi selalunya hanya angan-angan sahaja]
Ibubapa murid tidak setuju anak mereka mendapat catatan "kurang memuaskan" pada ruangan kelakuan di sijil berhenti sekolahnya. Mana wajar anaknya yang telah menaikkan nama sekolah dengan mewakili dalam acara sukan diberi "kelakuan : kurang memuaskan" dalam sijil berhenti sekolahnya. Kelak gelap masa depan murid tersebut kerana sukar mendapat pekerjaan. Pegawai pelajaran dari pejabat pelajaran terbabit khabarnya telah mengeluarkan sijil berhenti yang baru.
Sebagai guru yang telah lama bertugas di pelbagai jenis sekolah, aku rasa situasi dan tindakan di atas AMAT TIDAK SESUAI. Pihak akhbar sepatutnya melaporkan peristiwa setelah mendapat gambaran sebenar dari semua pihak. Untuk melariskan akhbar mereka, wartawan terbabit menggambarkan seolah-olah Pengetua itu telah bertindak kejam.
Lapoaran dan peristiwa seperti ini telah menjatuhkan semangat guru-guru yang berdedikasi. Aku yakin jika peristiwa tersebut diselidiki dengan lebih mendalam dan secara neutral, pasti murid tersebut memang layak mendapat ulasan "kelakuan kurang memuaskan'.
Seorang Pengetua tidak sewenang-wenangnya memberi catatan "kelakuan kurang memuaskan". Aku PASTI murid tersebut telah banyak kali melanggar peraturan sekolah. Pergaulan semasa aktiviti sukan [contoh: semasa mewakili sekolah] dan kurang perhatian daripada guru pembimbing menyumbang kepada tingkah laku melanggar disiplin seperti merokok dan tidak menyiapkan kerja sekolah.
Jika Pengetua tidak dibenarkan memberi ulasan lain, dicadangkan semasa membuat tempahan sijil berhenti sekolah, ruangan "Kelakuan" terus dicetak dengan besar dan jelas "Kelakuan Murid : TERPUJI"
No comments:
Post a Comment