Monday, April 19, 2010

Sekelip Mata

Hari ini Jawa Rangers menggantikan Fafau dan FBI mengendalikan siaran pagi Hot.fm. Selepas slot panggilan hangit maka pendengar dipelawa memberi respon melalui SMS, e-mel atau paggilan telefon tentang tajuk yang dipilih. Tajuk pagi ni ialah "Sekelip Mata"
Ada pendengar yang beri respon yang duitnya habis sekelip mata akibat bershopping sakan. Ada pula seorang pendengar lelaki yang ceritakan tulang sup kawannya sekelip mata terbang ke meja sebelah akibat kesilapan semasa makan di warong. Tetapi yang paling melekat di ingatan aku adalah respon dari seorang pendengar lelaki yang katanya, "Dalam sekelip mata kelebihan 2 gol Arsenal hilang apabila Wigan berjaya jaringkan 3 gol dalam 10 minit terakhir".
** Nota
Sebenarnya aku hanya tonton separuh masa sahaja sebab yakin Arsenal akan menang dengan mudah dan tambahan pula di saluran lain sedang ditayangkan "Shah Rukh Khan - Revealed". Tetiba aku terima SMS dari Minjuk "Wigan pun main hantu ke? [sebelum ni aku acah Minjuk MU main hantu sebab jaringkan gol saat akhir ketika lawan Man City]
Nampak gayanya Wenger kena cari bomoh yang berkaliber juga ... he 3x!

1 comment:

Sukimin said...

Sebenarnya untuk Wigan kalahkan Arsenal, kena berkelip, kelip, kelip, kelip.....mata juga. Cima bomoh aje yang matanya tak leip-kelip. Bila dia kelip aje matanya, terus Arsenal kalah!
Ada sesi interview nak carika nbomoh untuk Wenger ke Pak Din?