Saturday, October 17, 2009

Tak Habis Lagi


Tak habis lagi raya. Hari ini aku dapat jemputan daripada Hjh Dahlia Abbas, bekas rakan sekelas semasa belajar di Maktab Bahasa 79/80 dulu. Mereka kini tinggal di SP10, Saujana Puchung. Hjh Dahlia kini dah jadi GB di SK HICOM. Dulu masa kerja di Kerteh, sempat juga jumpa Dahlia dan famili kerana ketika itu suaminya menjadi pengurus sebuah ladang sawit Tabung Haji di Kemaman.
Sekembali dari beraya, Pn. Hasnah Ishak, suaminya En. Samad dan 4 orang anak-anak mereka datang beraya di rumah. Pn. Hasnah masih bertugas di SK Putrajaya Presint 9[1]. Dia dulu banyak bantu aku atur jadual ganti guru semasa aku jadi GPK1. Mereka kini dah tinggal di rumah sendiri di Taman Emas, Dengkil.

No comments: