Dengan penuh semangat pada Syawal #2 aku dah mula puasa 6. Sehinggakan sewaktu beraya di kampung Tenggayun, di Air Baloi dan seterusnya di rumah Man Pekan Nanas, aku tahan dan dapat lengkapkan puasa #1.
Pagi tadi aku tak cuit oat, telur dan nescafe yang disediakan oleh Anum. Begitu banyak godaan dan cubaan namun aku dapat habiskan hari #5 pada minggu lalu. Aku tanam cita-cita nak lengkapkan pada hari akhir Syawal. Namun, aku belum berjaya kalahkan godaan dan cubaan. Rupa-rupanya pada hari akhir inilah bayak kelas adakan "hari terbuka". Mulanya En. Ali ajak aku ikut ke kelas Matematik - aku setakat bungkus sahaja. Tapi bila En Roslan ajak ke jamuan kelas KPLI, aku ikut menyenduk hidangan yang disediakan.
InsyaAllah jika dipanjangkan umur sehingga Syawal depan, aku akan cuba habiskan puasa 6 sebagaimana yang pernah aku lakukan 2 tahun lalu......
1 comment:
Post a Comment