Friday, October 2, 2009

Beraya

Kawan-kawan sepersekolahan Nurul datang beraya. Masing-masing masih belajar lagi. Ada yang di ILIM, UTM, UiTM dll.
Dalam perjalanan balik ke Putrajaya kami singgah di Jejatas Air Keroh. Cadangannya setakat nak refresh diri sambil minum Nes O panas. Fathiyah yang dapat duit raya banyak tiba-tiba datang bawa KFC. Anum maklumkan dah lama dia berhajat. Sedih aku....
Lalu esoknya pukul 10pm kami ke Kajang untuk ke KFC yang buka 24jam. Makan KFC sampai puas, tak habis, siap bawa balik lagi..... Tiba rumah sambung tak tidur untuk tonton Arsenal menang 2-0 dalam piala juara-juara.
Sahabat lama semasa di PETRONAS, Khaidir dan famili datang beraya.
Famili Zaharah, famili Zurainah dan Shahrin datang beraya.
Aku sefamili (kecuali Nana, Nurul & Arif - dah balik kolej) beraya di rumah Kak Nap di Bangi sambil nengok bilik dapur dan kelengkapan barunya yang amat canggih.
Beraya di rumah En. Bakar dan Pn. Rohani, bekas rakan setugas di SK Pj2, Presint 9. Pn. Rohani kini GPK1 di SK Pj 11(2).
Sufian, isterinya Cikgu Ramlah dan anak mereka, Dia datang beraya. Mereka dulu jiran depan rumah. Anum pernah jaga Dia semasa kecil. Sekarang Dia dah Tahun 5.
Beraya di rumah Ansori di Taman Dahlia, Sepang.

Beraya di rumah Sukimin di Kinrara, Puchung. Tahun ni kami tidak lagi dijamu rojak mamak, sebaliknya dijamu dengan mee mamak. Kalau panjang umur, tahun depan apa agaknya jamuan yang akan disediakan?

No comments: