Thursday, October 22, 2009

Al-Fatehah

En. Roslan menyampaikan sumbangan yang berjaya dikumpul.
Sabtu lepas seorang pelajar wanita Sem 2, IPIS telah meninggal dunia akibat lelah @ asma yang kronik. Arwah merupakan pelajar periang yang berasal dari Parit Raja, Batu Pahat. Untuk urusan batalkan nama arwah dengan BPG, pihak pengurusan IPIS perlukan salinan Sijil Kematian. En. Roslan selaku Ketua Unit Kebajikan HEP bersama En. Ali, Ketua Unit BIG ajak aku bersama ke Batu Pahat untuk ambil dokumen tersebut sambil sampaikan derma yang telah dikumpul daripada pelajar, staf dan pegawai IPIS.
Bapa arwah adalah En. Jalil, GB SK Seri Rengit. Kami seramai 6 orang dengan menaiki van IPIS telah disambut dengan mesra. Setelah hajat kedatangan kami terlaksana, kami juga dijamu makan tengah hari. Aku tak pernah bersua atau kenal arwah kerana aku baru sahaja bertukar ke IPIS. Sepanjang perjalanan balik ke pejabat aku asyik terbayangkan bagaimana perasaan En. Jalil dan isteri yang telah kehilangan anak kesayangan.......
Al-fatehah untuk Allahyarhamah Umairah. Semoga dicucuri rahmat Allah.

No comments: