Tarikh : 15 April 2009 [Rabu]
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Blok B3, JPM, Putrajaya
Setelah mendaftar "on-line" pada Dis 08, akhirnya aku dipanggil untuk temuduga ke DG41. Setelah yakin semuanya "in-order" [14 Apr 2009, 12.00pm], aku ke aras 4 untuk sediakan salinan dokumen untuk diserah ke SPP [semasa temuduga].
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Blok B3, JPM, Putrajaya
Setelah mendaftar "on-line" pada Dis 08, akhirnya aku dipanggil untuk temuduga ke DG41. Setelah yakin semuanya "in-order" [14 Apr 2009, 12.00pm], aku ke aras 4 untuk sediakan salinan dokumen untuk diserah ke SPP [semasa temuduga].
Alangkah terperanjatnya aku bila lihat di belakang surat panggilan SPP, MESTI dilampirkan laporan prestasi semasa dan bidang tugas. Hanya Ketua Jabatan boleh lengkapkan borang yang disediakan untuk dimuat turun dari laman web SPP. Atas nasihat Fandi [isterinya hadapi masalah serupa 2 minggu lalu], aku mohon jasa baik En. Zul sebagai Ketua Bidang. Alhamdulillah beliau bersetuju.
Sokongan moral, bantuan bahan rujukan dan panduan-panduan berguna hadapi temuduga dari semua pihak terutama para pegawai & sahabat sepejabat, kenalan, ahli keluarga dan Pn. Hasnah Ujang amat-amat dihargai. Terima kasih tidak terhingga juga kepada Minjuk yang telah ajak aku sama-sama ke UNISEL dahulu.
Hanya Allah jua yang dapat membalas budi-baik para sahabat, kenalan dan keluarga sekelian.
1 comment:
pak din aku dulu missed interview bln 8 2008...kes serupa..baca tak khatam. amik kau. aku dah risik2 kita akan dpt surat tawaran akhir jun 09. (fendi mang best)
Post a Comment