Thursday, April 23, 2009

Rusa vs Exora


Sejak kebelakangan ini Rusa aku yang setia dah mula pandai merajuk. Al-maklum usianya makin meningkat. Walau pun aku dah cuba tambah dengan pelbagai aksesori tambahan agar kelihatan segar dan menarik, namun ia tetap meminta perhatian yang lebih.
Malam tadi semasa balik dari pasar malam Bangi, Anum dan aku terpaksa berpiknik di lebuhraya Putrajaya dalam kegelapan malam selama lebih 30 minit kerana menunggu "temper" Rusa aku menurun. Nasib baik ada bawa 2 botol 1.5l air mineral. Alhamdulillah selamat sampai di rumah jam 11pm.
Pagi ni ajak Rusa ke Petronas P16 untuk servis. ganti minyak hitam, penapis minyak dll. Aku ambil kesempatan minta Mamat mekanik tu untuk check yang lain-lain - ambil masa. Jadi aku terpaksa balik ke pejabat (jalan kaki) dan janji untuk ambil petang lepas pejabat.
Cuba dulu prestasi semasa Rusa petang ni.... Jika masih merajuk lagi mungkin ganti Exora! (acah aje.... ) duit pun tak cukup lagi........

2 comments:

zainah said...

GOOD IDEA...BUKAN GANTI RUSA...TAMBAH EXORA! BAB DUIT TANYA JEK CIK ANUM KIAT....

zainah said...

ooooppps..'KITA'