07.00am
Sambil nonton Tanyalahuztaz@TV9.com aku exercise atas treadmill. Hari ni aku dapat buat;-
masa: 44.34 minit, Kalori 210, Jarak 3.363km. Boleh tahan berpeluhlah juga.
09.30am
Bersama Anum dan Alia [anak Ismaliza, cikgu sk presint 11(1) - semua sek di putrajaya sekolah ganti raya] aku ke presint 11 untuk bayar yuran penyelenggaraan rumah.
10.00am
ke tm point cyberjaya untuk dapatkan promosi cakap puas-puas dan dapat cordless phone (tambah rm10) bersama akaun streamix. Tapi malangnya kedai tutup. Sabtu depan baru buka.
11.00am
ke kedai ngv bangi untuk service van aku yang meletup-letup jika tak cukup panas. kekadang enjin mati bila berhenti di traffic light.... selain tebal muka, susah pula nak start semula.
12.00pm
ke salak tinggi untuk ambil basikal yang di repair khamis lepas. tauke cina tu kata 12.00pm dah buka, tapi aku sampai 12.15pm kedai masih tutup lagi. Aku call ansori dan dia ajak ke rumahnya sementara tunggu kedai buka. Akhirnya 01.30pm baru kedai buka........
03.00pm
tiba rumah, hujan lebat sambil nonton tv terlelap pula......
05.00pm
bersama anum, fathiyah, & nurul ke sekolak men. presint 16(1) untuk nonton amirul lawan bola. padang becak sebab hujan lebat.
06.30pm
makan malam di medan selera presint 16 (tak sedap!!!!!)
08.45pm ke gmi bangi untuk jumpa nana. ada majlis tahlil sebab ada 2 pelajar perempuan meninggal dunia sebab kemalangan.
No comments:
Post a Comment