Wednesday, April 29, 2009

The BIGGEST loser

Rancangan TV [ASTRO] - realiti masa kini yang aku amat minat. Individu yang dapat kurangkan peratusan berat badan paling banyak dikira pemenang. Tiada undi dari penonton. Semua kemenangan adalah hasil usaha keras, strategi dan nasib setiap peserta.

Banyak pengajaran yang diperoleh daripada program ini. Selain belajar cara betul kurangkan berat badan, kita ditunjukkan cara berkesan untuk dapatkan tubuh dan minda yang sihat.
Dalam siri minggu lalu, terdapat dua orang peserta yang pada asalnya tidak dipilih untuk masuk "ladang latihan". Namun mereka berjaya kurangkan peratus berat badan lebih tinggi daripada peserta yang terpilih masuk dalam "ladang latihan"; dengan usaha keras sendiri seperti berjoging dan kawal pemakanan [tanpa tunjuk ajar jurulatih bertauliah]. Yang menariknya apabila diminta membuat tekan-tubi (push-ups), mereka tidak boleh lakukan walaupun sekali. Berbanding peserta dalam "ladang latihan", walaupun peratusan penurunan berat badan mereka rendah, mereka mampu untuk lakukan tekan-tubi berulang kali tanpa masalah.
Moral:
Ramai kalangan kita yang ingin kurangkan berat badan dengan cara yang salah. Kita hanya kurangkan makan tanpa lakukan sebarang bentuk senaman. Jika buat pun secara minima. Walau pun lakukan senaman [tanpa tunjuk ajar jurulatih bertauliah], hasil yang diperolehi tidak akan kekal.
Antara matlamat peserta untuk kurangkan berat badan;-
1. Tidak mahu mati muda seperti kenalan/saudara akibat penyakit berkait lebih berat badan.
2. Mahu lihat anak kecil mereka melangsungkan perkahwinan.
3. Benci diejek dan diperleheh
4. Mahu mampu bergerak bebas tanpa cepat penat
5. Mahu boleh pakai pakaian kegemaran seperti jeans
6. Mahu kembali kelihatan seksi
Disiplin diri peserta yang berjaya dalam program ini amat tinggi. Amat boleh dicontohi. Hasilnya ada peserta yang boleh buang 50% berat badan.
Nota kaki;
Yang tak bagusnya, aku tonton rancangan tu dengan kopi dan kuih di meja sambil bersandar di kerusi sambil pegang remote TV. (masih simpan hajat nak kurangkan berat badan juga!)

Champions League: MU vs Arsenal




Aku sengaja pinjam tajuk Minjuk.
Perlawanan di Old Trafford jangkanya tak sepanas sokongan di Restoran As-Subuh, Puchung.
Persediaan yang telah aku buat;-
1. Balik kerja awal & tidur!!
Aku yang sangat-sangat jarang "berjaga" untuk tonton bola. Akan bekerja keras agar tidak "terlena"
2. Singgah ATM - withdraw cash.... kena bawak duit banyak (Minjuk kata nak makan banyak)sebab janjinya penyokong team yang menang kena belanja....... (pastinya Arsenal menang!)
3. Isi dulu borang cuti, takut tak larat nak ke pejabat esok......

pengsan


Lepas Maghrib semalam, sambil jalan-jalan bersama Anum di pasar malam Putrajaya, aku call Nurul untuk tanya susah/senang paper exam final yang dia ambil petang semalam. Amat terperanjat bila dia beritahu dia pitam @ pengsan di dewan peperiksaan. Terpaksa dipapah oleh kekawan dan dihantar ke klinik UiTM.
Aku segera ajak Anum ke Shah Alam untuk pastikan dia dah OK. Dari "soalsiasat" yang dijalankan didapati;-
1. Minggu periksa Nurul sibuk ulangkaji di perpustakaan.
2. Makan dan minum tak menentu. Makan hanya sedikit (diet? / jimat?)
Mula-mula syak juga takut "otak jam" sebab soalan susah sangat. Tapi aku dimaklumkan dia mula rasa nak pitam setelah hampir tamat exam. Kebetulan dia terlupa bawa air mineral. Exam pula lama 2.30pm - 5.30pm (3 jam). Alhamdulillah dia dah OK.

Refleksi
1. Aku nasihatkan Nurul, jangan terlalu jimat untuk makanan..... Jimat untuk prepaid phone tak pe......
2. Selain persediaan ulangkaji untuk peperiksaan, kesihatan juga perlu dijaga. Tak guna jika "terlebih" belajar tapi tak boleh masuk exam sebab sakit.....
3. Aku minta tolong kekawan serumah agar tolong nengok-nengokkan Nurul dan pastikan dia makan ikut jadual.
4. Aku akan lebih kerap call/jenguk Farhana, Arif dan Nurul sendiri untuk pastikan kesejahteraan mereka.

Monday, April 27, 2009

Perbaharui Rekod


Kemenangan mengatasi M'boro 2 - 0 semalam, Arsenal memperbaharui rekod yang telah bertahan selama 106 tahun; 8 perlawanan tanpa jaringan dari pihak lawan. Diharapkan kemenangan ini akan memberi keyakinan untuk menewaskan MU dalam Piala Juara-juara minggu ini.
Premier League - Slick Arsenal too good for Boro
A Fabregas brace gave Arsenal a comfortable 2-0 win over struggling Middlesbrough at the Emirates Stadium to tighten the Gunners' grip on fourth place in the Premier League.
The Arsenal captain struck in each half as Arsene Wenger's side moved 10 points clear of fifth-placed Aston Villa and to within six of Chelsea in third.
But the result dealt a major blow to Boro's hopes of survival, as Gareth Southgate's side remained rooted in 18th, three points adrift of safety with just four games to play.

Sunday, April 26, 2009

Sangkut

Selepas makan tengah hari bersama Nurul & kawan-kawannya di Shah Alam, Anum dan Aku ke KL untuk beli barang. Namun malang sebab KL sedang sesak teruk akibat perlumbaan basikal "tour malaysia".
Selepas hampir 90 minit merangkak yang tak ke mana, akhirnya ambil U-turn dan terus ke GMI, Bangi untuk ziarah Farhana pula. Hari ini tak mahu terlepas Formula 1 dan perlawanan Arsenal lwn Boro.

Thursday, April 23, 2009

Rusa vs Exora


Sejak kebelakangan ini Rusa aku yang setia dah mula pandai merajuk. Al-maklum usianya makin meningkat. Walau pun aku dah cuba tambah dengan pelbagai aksesori tambahan agar kelihatan segar dan menarik, namun ia tetap meminta perhatian yang lebih.
Malam tadi semasa balik dari pasar malam Bangi, Anum dan aku terpaksa berpiknik di lebuhraya Putrajaya dalam kegelapan malam selama lebih 30 minit kerana menunggu "temper" Rusa aku menurun. Nasib baik ada bawa 2 botol 1.5l air mineral. Alhamdulillah selamat sampai di rumah jam 11pm.
Pagi ni ajak Rusa ke Petronas P16 untuk servis. ganti minyak hitam, penapis minyak dll. Aku ambil kesempatan minta Mamat mekanik tu untuk check yang lain-lain - ambil masa. Jadi aku terpaksa balik ke pejabat (jalan kaki) dan janji untuk ambil petang lepas pejabat.
Cuba dulu prestasi semasa Rusa petang ni.... Jika masih merajuk lagi mungkin ganti Exora! (acah aje.... ) duit pun tak cukup lagi........

Masa Makin Suntuk

Man U masih berjaya kekalkan misi untuk juarai EPL musim ini dengan tewaskan Portsmouth 2 - 0. Chelsea pula sekadar seri dengan Everton. Minjuk mesti suka dengan berita ini, tapi yang herannya, pagi ni bila buka blog masih tiada entry dari Minjuk. Namun begitu tahniah untuk Minjuk dan semua penyokong Man U.
Untuk Raj (walau pun tak pernah berjumpa), jangan kecewa, Liverpool masih berpeluang untuk juarai EPL dengan harapan Man U "terkucil", You'll never walk alone.

Wednesday, April 22, 2009

Less Than Half Happy

Arsene Wenger heaped praise on Andrey Arshavin following Arsenal's 4-4 draw with Liverpool but admitted he was 'less than half happy' with the result.
Liverpool dominated for much of the match at Anfield but it was Arsenal who came closest to victory as they led 4-3 with just moments to go.
Yossi Benayoun netted an equaliser in stoppage time but the Gunners remain unbeaten in the Premier League since November and Wenger was satisfied with the attacking element of their performance.
He told Sky Sports: "The game was quality on both sides but you are only half happy when you concede four goals.
"We are bit less than half happy because we were 4-3 up with just a minute to go.
"The positive is that we have a long unbeaten run and this keeps that going, and another positive is that we have shown our quality.
"The negative is that three points would have been better."

Monday, April 20, 2009

Final FA Cup: Chelsea lwn Everton

Tahniah untuk Moyes dan pasukannya yang telah berjaya ke peringkat akhir Piala FA dengan tewaskan MU (walau pun dengan jaringan penati).

Thursday, April 16, 2009

On-fire Gunners shoot down Villarreal

Having taken the initiative in the tie with last week's 1-1 draw in Spain, well-worked goals early in each half from Theo Walcott and Emmanuel Adebayor put the home team in complete command, Robin van Persie adding a third from the penalty spot.
Arsรจne Wenger comments;-
I said before we would play to win and the team we had out was an offensive one. We attacked well against a team who keep the ball but we used the ball well when we had it and did well with our pressing. I was impressed with the quality and speed of our game overall and we gave a technically very good Villarreal team problems where they didn't like it – going in behind them and counterattacking well.
We have confidence at the moment and that is down to the slow progress, from game to game, in the championship. Confidence transfers from one competition to another, you can't pick your matches. I never doubted these players but when you don't win games you want better. I was always convinced but I was more worried, not about the quality of the players but more the confidence and belief of a very young side. It's always difficult when you don’t win games and I was worried with the mental side at the start of the season. But this group has shown they are mentally strong.
Games between Manchester United and Arsenal are always very exciting, both teams like to go forward. It's a test but it is a challenge we will relish and we're excited about that. [Playing another English team] is difficult because of the quality of the teams but psychologically it is not difficult; if you want to go far in the Champions League you have to play another English team.
I'd like to first enjoy the qualification; history always has a part to play but it's a cup competition now, over 180 minutes and the form on the day and how much we can manage to be physically well on the day will determine how we do. We're still super-outsiders.
Note:
I've invited Minjuk to watch the MU vs Arsenal match live at any mamak stall [which has large screen display]. The winner pays. Until now no reply from Minjuk.

Temuduga DG41

Tarikh : 15 April 2009 [Rabu]
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Blok B3, JPM, Putrajaya

Setelah mendaftar "on-line" pada Dis 08, akhirnya aku dipanggil untuk temuduga ke DG41. Setelah yakin semuanya "in-order" [14 Apr 2009, 12.00pm], aku ke aras 4 untuk sediakan salinan dokumen untuk diserah ke SPP [semasa temuduga].
Alangkah terperanjatnya aku bila lihat di belakang surat panggilan SPP, MESTI dilampirkan laporan prestasi semasa dan bidang tugas. Hanya Ketua Jabatan boleh lengkapkan borang yang disediakan untuk dimuat turun dari laman web SPP. Atas nasihat Fandi [isterinya hadapi masalah serupa 2 minggu lalu], aku mohon jasa baik En. Zul sebagai Ketua Bidang. Alhamdulillah beliau bersetuju.
Sokongan moral, bantuan bahan rujukan dan panduan-panduan berguna hadapi temuduga dari semua pihak terutama para pegawai & sahabat sepejabat, kenalan, ahli keluarga dan Pn. Hasnah Ujang amat-amat dihargai. Terima kasih tidak terhingga juga kepada Minjuk yang telah ajak aku sama-sama ke UNISEL dahulu.
Hanya Allah jua yang dapat membalas budi-baik para sahabat, kenalan dan keluarga sekelian.

Sahabat Datang Berkunjung

15 April 2009
Dua orang sahabat semasa bersekolah di Tingkatan 2 SMK Tasek Utara Johor Bahru datang berkunjung ke rumah petang ni. Pn. Kalsom Tahir [RISDA JB] bersama Saleha Daiman [tinggal di Presint 11, mengikut suaminya] tiba pada pukul 5.45pm. Secara kebetulan, Marina [anak Pn. Kalsom] dan Nurul Fayyadhah [anak aku] belajar sekelas di UITM Shah Alam. Mereka pula kini sambung persahabatan kami.

Tuesday, April 14, 2009

Kena Buatan Orang

Fandi dan isterinya di wad Katil 1, 2C, Hospital Putrajaya.

Kasihan Shidah terpaksa pakai uniform serba hijau untuk beberapa hari lagi....


Sebaik lepas kerja aku bergegas balik rumah dan ajak Anum pergi ziarah kawan sepejabat yang khabarnya sakit kerana "buatan orang". Kami segera ke Hospital Putrajaya.
Sesampai di sana baru tahu berita sebenar. Khabar sakit buatan orang tu hanya gurauan sahaja. Sebenarnya kawan tu mungkin ada ketumbuhan dalam perut.
Semoga segera sembuh.

Monday, April 13, 2009

Selamat Datang

Pn. Hjh Rohana Puteh mula bertugas di Unit Pembangunan Staf mulai hari ini. Kami pernah bertugas bersama di SK Putrajaya 2, Presint 9 [SK Putrajaya Presint 9(1)] sebelum beliau dipinjamkan ke PPK.

Khutbah Jumaat 10 April 2009

Asyik teertangguh aje.... hari ni agak free, jadi untuk dikongsi bersama.

Beberapa hak pengguna yang perlu difahami :

Pertama : Hak mendapat keperluan asas
“ Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu. ” Surah Al-Baqarah : Ayat 168

Kedua : Hak mendapat keselamatan
Pengguna mesti mendapat jaminan keselamatan ke atas barangan / perkhidmatan yang diberikan

Ketiga : Hak mendapat maklumat
Pengguna berhak mendapatkan maklumat tepat tentang barangan / perkhidmatan yang dikehendaki

Keempat : Hak membuat pilihan
Pengguna berhak memilih barangan / perkhidmatan yang bermutu dan harga berpatutan.

Kelima : Hak bersuara
Pengguna berhak bersuara agar tidak ditindas

Keenam : Hak mendapat gantirugi
Pengguna berhak mendapat gantirugi perkhidmatan dan barangan

Saturday, April 11, 2009

11 April 2009 (Sabtu)

07.00am
Sambil nonton Tanyalahuztaz@TV9.com aku exercise atas treadmill. Hari ni aku dapat buat;-
masa: 44.34 minit, Kalori 210, Jarak 3.363km. Boleh tahan berpeluhlah juga.
09.30am
Bersama Anum dan Alia [anak Ismaliza, cikgu sk presint 11(1) - semua sek di putrajaya sekolah ganti raya] aku ke presint 11 untuk bayar yuran penyelenggaraan rumah.
10.00am
ke tm point cyberjaya untuk dapatkan promosi cakap puas-puas dan dapat cordless phone (tambah rm10) bersama akaun streamix. Tapi malangnya kedai tutup. Sabtu depan baru buka.
11.00am
ke kedai ngv bangi untuk service van aku yang meletup-letup jika tak cukup panas. kekadang enjin mati bila berhenti di traffic light.... selain tebal muka, susah pula nak start semula.
12.00pm
ke salak tinggi untuk ambil basikal yang di repair khamis lepas. tauke cina tu kata 12.00pm dah buka, tapi aku sampai 12.15pm kedai masih tutup lagi. Aku call ansori dan dia ajak ke rumahnya sementara tunggu kedai buka. Akhirnya 01.30pm baru kedai buka........
03.00pm
tiba rumah, hujan lebat sambil nonton tv terlelap pula......
05.00pm
bersama anum, fathiyah, & nurul ke sekolak men. presint 16(1) untuk nonton amirul lawan bola. padang becak sebab hujan lebat.
06.30pm
makan malam di medan selera presint 16 (tak sedap!!!!!)
08.45pm ke gmi bangi untuk jumpa nana. ada majlis tahlil sebab ada 2 pelajar perempuan meninggal dunia sebab kemalangan.

Monday, April 6, 2009

Larangan Merokok

1. Surau dan Masjid adalah zon larangan merokok.
2. Poster telah dipamerkan.
3. Siaran makluman telah banyak kali kedengaran di radio dan TV.
4. Fatwa merokok adalah haram juga telah diwartakan.
5. Surau Presint 9 telah menambah dengan menyenaraikan 11 sebab Islam haramkan rokok.
6. Tapi....... masih kedapatan mereka yang "buta" terus lakukan.
7. Bukti? Puntung-puntung rokok bersepah di dalam & sekitar surau & masjid.
8. Bagaimana nak atasi?