Silap sendiri, jangkanya di Saigon macam di Bangkok, senang cari 7-11, mudah untuk dapat minuman panas dan roti untuk sarapan pagi. Tapi malangnya di Saigon rakyatnya ramai sarapan "mee soup" dan sayuran di warung tepi jalan. Jadi sebelum lawatan ke Terowong Cu Chi aku dan Anum hanya minum kopi 3 in 1.Semasa dalam bas, Rohani offer biskut tapi kami jual mahal.
Selepas sahaja keluar dari mencuba terowong Cu Chi yang agak memenatkan (terpaksa merangkak), ubi rebus disediakan untuk para pelawat untuk menggambarkan makanan utama para pejuang Vietnam semasa perang. Walau pun ubinya agak keras, kami habiskan 1 piring (alas perut} sebelum makan tengah hari.
Nota : Foto lupa dan snap sebab terlalu teruja makan ubi rebus Vietnam yang dicecah kacang goreng kisar bercampur gula.
1 comment:
Semoga selamat kembali ke malaysia. have fun pak din!
Post a Comment