Dalam akhbar Metro hari ini tersiar seorang Menteri di Mesir (kalau tak silap), menegur kaum ibu yang membawa anak kecil ketika solat terawih di surau @ masjid. Malangnya anak kecil mereka sering mengganggu para jemaah lain yang ingin beribadah dan juga merosakkan harta benda surau @ masjid. Menteri itu seterusnya mencadangkan agar kaum ibu yang punyai anak kecil solat terawih di rumah sahaja.
Di Malaysia khasnya Presint 9, Putrajaya juga berlaku fenomena anak-anak kecil "tidak terkawal" sewaktu solat terawih. Baru semalam berlaku seorang kanak-kanak lelaki berumur lebih kurang 5 tahun angkat kaki ke cermin pintu surau. Semasa jemaah solat terawih pun budak itu asyik bergusti dengan abangnya. Di sebalik cermin tu pula seorang jemaah berumur macam menggigil tahan marah. Dalam budaya Melayu mana boleh angkat dan tunjuk tapak kaki kepada orang yang lebih tua. Aku tolong cuit dan tegur budak tu sambil tunjuk muka bengis. Tapi dia jenis tak makan saman...... Nasib baik selepas 8 rekaat bebudak tu balik, baru khusuk solat para jemaah.
Hari ni tadi sekumpulan bebudak main kejar-kejar. Keluar masuk bilik. Pintu bilik berdentum berulang kali. Yang geramnya, sebaik habis setiap solat mereka duduk elok. Tetapi sebaik imam angkat takbir, mereka sambung semula. Habis pahala solat jemaah sunat terawih. Hati asyik mengata "anak-anak siapa ni, tak diajar ke?"
Ini belum cerita pasal ibu/bapa yang berkeras letak anak di sisi (sama saf) sewaktu solat. Kalau tak silap perbuatan tersebut menyebabkan putusnya saf. Dua hari lepas seorang ustaz bawa anak lelaki kecilnya bersama untuk solat. Ustaz tu tahu hukum. Dia pilih kedudukan paling tepi dalam saf. Anaknya diajarkan solat paling tepi.
Jutaan maaflah kata-kata untuk entri kali ni agak keras/pedas. Sekurang-kurangnya lega bila perasaan geram dah dilepaskan. Semoga diambil ikhtibar.
No comments:
Post a Comment