Monday, August 31, 2009

Tak Aci... 11 lwn 13

Awal pagi semalam aku bersama Minjuk sengkang mata untuk tonton MUnited lawan Arsenal. Berdasarkan prestasi semasa, Arsenal sepatutnya tiada masalah besar untuk tewaskan MUnited walau pun di Old Trafford. Arsenal turun ke padang berbekalkan dua kemenangan EPL dan satu kemenangan Champions League.

Dengan rembatan cantik Ashavin, Arsenal mendahului MUnited dengan jaringan 1-0 semasa pengadil meniup wisel untuk separuh masa perlawanan. Tetapi dengan tambahan dua pemain (pengadil & Diabi) MUnited berjaya mendapat dua gol pada separuh masa kedua.

Arsenal dinafikan sepakan penalti apabila Arshavin dirempuh oleh Fletcher dalam kotak penalti. Yang hairannya pengadil tidak pula teragak-agak beri sepakan penalti dan kad kuning kepada Almunia akibat sentuhan paling minima ke atas Rooney. Pengadil juga telah arahkan Wenger meninggalkan kawasannya hanya kerana menyepak dengan cantik botol minuman!

Penonton dan penyokong Arsenal paling kecewa apabila Diabi menanduk bola ke gol sendiri. Diabi juga selepas itu menyepak lemah dan bola tersasar jauh dari gol MUnited. Mungkinkah Diabi sengaja?

Diharapkan apabila MUnited bertandang ke Emirates nanti, Arsenal dapat tunjukkan permainan yang meyakinkan dan seterusnya dapat gembirakan penyokong setianya dengan menewaskan musuh tradisinya MUnited.

3 comments:

Sukimin said...

kalau abou diaby masuk MU, tajuknya kena tukar 'Tak Aci 10 lawan 13'. Tapi kan pak din, apa2 pun paling penting ialah keputusan perlawanan. Kesian diaby....sedangkan pemilik arsenal kan dari abu dhabi

dirmas said...

hati ini hancur luluh bila arsenal diperlakukan sedemikian rupa..

rasa macam nak hempas skrin projektor kedai mamak malam tu tapi bila terfikir perlu bayar ganti rugi terus kensel niat di hati.

balik umah tarik selimut terus tidur.. malas nak pikir lagi buat sakit hati je..

Pak Din said...

Ingatkan nak buat tak kesah je lepas perlawanan tersebut, tapi asyik terkenang je..... Itulah sebabnya sampai tajuknya pun tersilap.....