Wednesday, August 19, 2009
Exercise
Kali terakhir aku guna mesin ni pada 1 Ogos 09. Aku perlu lebih disiplin untuk gunanya sebagaimana mula belinya dulu. Mungkin kerana persiapan nak gunanya yang agak leceh membantutkan niat. Tambahan pula bila balik kerja terus "on" tv dan bila Anum dah sediakan nescafe O serta kuih, maka tambah terbantut niat nak exercise.....
Hari ini aku kuatkan semangat. Tiba rumah terus solat. Walau pun ketika turun Anum dah sediakan Neslo, karipap & donut, aku terus ;
1. tarik mesin dari sudut simpanan
2. sambungkan cable / plug
3. letakkan magnet keselamatan (tanpa magnet ni, mesin tak bergerak)
4. On tv. ambil siaran sukan - bola tampar wanita Jepun vs. Germany
5. Palingkan sudut tv agar menghadap mesin.
6. buka grill rumah agar tiada halangan untuk exercise sambil tonton tv.
7. pakai stokin dan kasut.
8. mula exercise........
Hasilnya pencapaian aku hari ini;
1. masa exercise = 50.39 minit
2. kalori terbakar = 240
3. jarak jalan & larian = 3.844km
setelah rehat sekejap baru aku minum Neslo dan makan kuih yang Anum sediakan. Rupa-rupanya rasa minuman dan kuih tu lebih sedap apabila dimakan setelah penat exercise....
Harap-harap boleh teruskan usaha ini untuk hari-hari seterusnya........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
oooi, 50 min dapat 3.8km jek? jalan ke lari....?
Post a Comment