Apabila ternampak seorang pelajar perempuan yang bernama Onie semasa perjumpaan bekas pelajar dan guru Sekolah Rantau PETRONAS pada 27 Jun lalu, aku segera teringat satu peristiwa yang aku rasa bagus dijadikan pengajaran.
Onie merupakan seorang pelajar yang aktif dan berbakat dalam sukan. Antara acara yang dijangka dia menang dengan mudah dalam Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah adalah lari berpagar.
Pada waktu itu aku ditugaskan sebagai hakim barlapan. Pegang bendera putih dan merah; jika ada pelari yang keluar dari lorong maka aku akan angkat bendera merah (contohnya). Sebaik tamat acara 110M lari berpagar lelaki dan sebelum acara untuk pelajar wanita, aku telah maklumkan kepada referi kejohanan, seorang guru dari sesi sekolah menengah (di Sekolah Rantau PETRONAS ada Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah) bahawa garisan permulaan untuk pelari wanita adalah tidak sama kerena mereka sepatutnya lari 100M sahaja. Tapi malangnya makluman aku tidak diendahkan dan perlumbaan diteruskan sambil guru itu boleh cakap aku sengaja nak timbulkan masalah.
Onie telah menang dengan meninggalkan pemenang ke-2 dengan jarak agak jauh. Sambil kembali ke garisan penamat, beliau bertanya catatan masa yang dilakukan. Aku yang pada masa ada berdekatan segera memaklumkan bahawa masa yang dicatat jauh dari masa kelayakan MSSD dan tak layak untuk mewakili sekolah. Sebabnya? Onie lari untuk perlumbaan lelaki!
Namun begitu Onie dicalonkan untuk mewakili sekolah dan berjaya ke peringkat MSST pada tahun itu.
Pengajaran?
1. Jangan sewenang-wenangnya terima jawatan yang kita tidak mahir.
2. Jika terpaksa terima, carilah maklumat yang perlu agar tidak bermasalah.
3. Kelayakan kertas bukan segalanya. Pengalaman dan pengetahuan penting untuk berjaya dalam kerjaya.
1 comment:
Best juga dapat jumpa x-student ye.. kalau lawa lagi seronok
Post a Comment