Wednesday, July 15, 2009

Kursus Kejurulatihan Petanque Kebangsaan


Macam tak percaya pulak. Dah lama aku tak terlibat dengan petanque. Semalam aku sempat jenguk gelanggang petanque di belakang rumah aku, dah tak terurus. Rumput dan lalang liar menjalar di celah-celah pasir dan batu.
Mulai Rabu hingga Ahad ini aku akan berkursus di SMK Simpang Renggam, Johor. Rupa-rupanya tenaga penggerak utama adalah Tn. Hj. Jamaludin Ali, bekas Pengetua aku semasa bertugas di Sekolah Rantau PETRONAS dulu. Banyaklah berita terkini yang aku dapat berhubung bekas-bekas guru SRP dulu. Namun, Cikgu Zainab masih tiada khabar berita.... Apa khabarnya?

No comments: