Nordin Monel kini pensyarah di MPTI, JB. Dia juga ada masanya bertugas di Pusat Latihan Guru di Bandar Tenggara, Kulai. Apabila tahu Hj. Jamal ada di Simpang Renggam, dia pun datang untuk bertanya khabar. Hasilnya dapatlah nombor telefon Cikgu Zainab yang dah lama tak dengar khabar berita. Nab berjanji akan datang esok.
Sebelum berpisah, sempat makan petang/malam di Anika Seafood. Nordin belanja.
Untuk makluman, hanya bahu aku sahaja yang masuk dalam foto ini. Asalnya minta tolong sahabat peserta kursus untuk tolong snap. Malangnya penerangan aku disalahertikan. Penat aku senyum meleret. Tak masuk rupanya.
No comments:
Post a Comment