Wednesday, July 15, 2009

Loceng Kecemasan


Aku dan arwah Hj. Hashim sama umur, Kami sekelas semasa Tingkatan 3Utarid di SMK Tasek Utara JB. Aku, Harith, Daud dan Ramli selalu ke rumahnya di Bakar Batu. Selain rumahnya kami selalu ke rumah Fatimah, Kalsom, Leha dan yang paling selalu rumah Rohana Khamis.
Menurut ahli keluarganya, arwah ke hospital untuk rawatan asma / lelah biasa. Arwah meninggal dunia pada Maghrib Khamis lepas pada umur 49 tahun. Arwah dan isterinya sempat menunaikan umrah beberapa minggu sebelumnya.
Fatihah untuk arwah & semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.

No comments: