Habis kolej, aku di tempatkan di pendalaman Benut, Pontian. Selepas gaji, hujung minggu aku selalu balik JB dengan menaiki bas South Johore [No. 6]. Pernah sekali tu semasa bas nak bergerak meninggalkan perhentian bas Pontian, aku perasan ada seorang lelaki muda bersama seorang gadis melintas di tepi bas. Sebab nak yakinkan hati, aku cam betul-betul. Akhirnya sah mereka adalah sahabat aku dari JB. Aku agak mereka ni nak elak daripada terserempak dengan orang yang dikenali semasa berpacaran. Tapi dah nasib..... Keluar ke daerah lain pun masih ada orang yang perasan...........
Itu cerita dulu. Kini mereka dah pun menetap di Pekan Nenas. Dipohonkan dan diharapkan mereka tidak "marah" kisah silam mereka diceritakan kembali.
No comments:
Post a Comment