Thursday, May 7, 2009

O2 Atom Exec (2nd) Baru

Sudah jatuh ditimpa tangga. Dahlah kecewa Arsenal tidak berjaya masuk final, tiba rumah awal pagi nak terus charge hp O2. Tiba-tiba terjatuh atas lantai. Cuba juga nak "tangkap" tapi gagal. Akibatnya hp tu "mabuk". Paparannya kelam sehingga susah nak guna.
Semasa di Putra Hotel, aku surf mudah.com. Cadang nak tukar HTC tapi malang tiada yang "termampu". Terpaksa teroka O2 Atom Execv. Akhirnya dapat 2 penjual. Sanggup datang dari Damansara & Cheras. Yang pertama murah tapi dah agak teruk. Hampir deal, tapi akibat tergoda pelbagai bahan aksesori oleh penjual ke-2, maka akhirnya aku pilih yang ke-2.
Akibat takut proses pendaftaran terganggu, segera balik ke bilik mesyuarat. Baru sedar tiada charger dan kabel untuk ke komputer disertakan.

No comments: