Monday, May 4, 2009

Champions League @ Emirates

Perlawanan minggu lalu di Old Trafford, Man U menewaskan Arsenal 1 - 0. Kami tonton di Pucung. Esok perlawanan timbal balas di gelanggang Arsenal.
Tadi petang sebelum aku ke SMK Putrajaya Presint 11(2) untuk tonton Amirul main bola - SMK Putrajaya Presint 16(1) lwn SMK Putrajaya Presint 9(1), Minjuk talipon dan berikan hak untuk tonton Champions League di kedai mamak Putrajaya.
Petikan blog Minjuk;
Tadi aku dah diskas dgn Pak Din tentang cabaran dia menonton game Arsenal-MU. Aku no problem cuma nak cari tempat yang meriah dgn skrin besar kat Puchong ni aku tak jumpa lagi. Kalau kat Shah Alam dan Bangi memang happening. So aku mintak Pak Din aje jadi host kat Putrajaya. Pak Din setuju dan Efy pun OK. Efy siap dah beli jersi baru lagi..
Cikgu Shahrul beritahu dia & geng (Cikgu Khairi, Cikgu Md. Hanif dll) biasa tonton di Kedai Mamak Kembar Presint 9 (sebelah klinik). Jadi untuk lebih meriah, aku akan hubungi Minjuk agar malam (pagi?) tu kita tonton di Kedai Mamak Berkembar itu sahaja.
Kali ni tak kira siapa menang, Minjuk tetap belanja.....

No comments: