1. Alhamdulillah hari ini aku terima cek dari AmBank sebagai baki bayaran kereta Atos yang hilang dulu. Betul kata orang, minima 6 bulan baru beres......
2. Setelah hadapi pelbagai dugaan, puluhan panggilan telefon dan pelbagai karenah & birokrasi akhirnya aku boleh tutup buku pasal kereta tu.
3. Cukup menekan dan membebankan dari segi fikiran, wang dan masa.
4. Kerugian yang dialami...... duit muka kereta, keselesaan guna kereta yang tak terlaksana dan masa serta tenaga uruskan proses tuntut insuran.
5. Didoakan semoga tidak berlaku lagi
6. Namun begitu tetap ada pengajaran yang diperoleh
i. Hargai kereta / harta yang ada sebelum hilang / ditarik rahmatnya.
ii. Walau pun kerugian agak besar, demi keselamatan dan kemudahan anak, Atos diganti, semoga dapat pengajaran daripada pengalaman lalu dan sentiasa beringat.
iii. Kereta / harta bukan segalanya.......... Kesusahan dialami beri pengajaran akan kesukaran dan kesulitan jalani kehidupan harian.
iv. Kereta kini barangh keperluan, bukan lagi barang mewah.
2 comments:
Bukan setakat hargai harta sebelum kehilangannya, keluarga juga perlu dihargai. Itu yang lebih penting dalam hidup kita.
Betul tu shikin. Itu yang cuba nak di"signalkan"....
Post a Comment