Sunday, May 17, 2009

Kelakar

Makan tengah hari; Mee Suah dan Nasi Berlauk


Tunggu bas di One Utama


Perjalanan balik Ke Putrajaya

Anum dan aku hari ni ke 1 Utama dengan menaiki Bas Rapid. Tambangnya RM2 seorang. (sebutannya dua ringgit). Semasa dalam bas, kami tidak rasa seperti berada di Malaysia sebab hanya kami dan pemandu sahaja yang kulit sowo matang. Yang lain dan lebih ramai adalah orang Afrika, Arab dan Indon.

Keadaan dalam bas amat selesa; berhawa dingin, bersih dan ada skrin monitor yang menayangkan rakaman Dunia Anita dan beberapa rancangan lain. Bas dipandu dengan cermat dan bergerak dengan kelajuan yang berpatutan.

Sebaik tiba di 1 Utama, aku (rakyat contoh) telah membuang tiket bas ke dalam tong sampah. Di 1 Utama sempat solat Zohor. Tempat yang disediakan amat selesa dan bersih. Selepas penat "exercise" kami ambil keputusan balik. Ketika nak melangkah masuk bas baru kami tahu bahawa tiket yang telah aku buang tadi masih boleh digunakan lagi. Bukan setakat nak balik ke Putrajaya, nak ke KL central dan tempat-tempat lain pun boleh (asalkan dalam hari yang sama). Aku terpaksa beli tiket lagi! Kelakarnya yang "ajarkan" aku perkara ini adalah seorang rakyat Indon yang berasal dari Madura! (Dalam bas dia duduk di bangku sebelah). Dia dah 3 tahun bekerja di Puchung. Dia siap ajarkan aku cara nak ke Ikea dan ke Kelana Jaya.

Sepanjang perjalanan ke Putrajaya aku lihat ramai penumpang yang tak beli tiket, mereka sekadar tunjukkan tiket yang mereka telah beli dan gunakan sebelumnya. Setiap kali bas berhenti dan penumpang naik, Anum dan aku senyum. Kami hari ini dapat satu pengajaran yang bernilai RM4.
Kepada mereka dari Putrajaya yang nak ke 1 Utama, IOI Puchung, Kelana Jaya, dll aku amat cadangkan gunakanlah kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan. Dari pemerhatian aku, subsidi yang kerajaan sediakan kepada Syarikat Bas Rapid hanya menguntungkan rakyat asing.
Selain jimat minyak, bayaran tol dan parking juga tak perlu bayar.

2 comments:

Sukimin said...

Terima kasih Pak Din! Harga yang Pak Din bayar RM4 cukup berguna untuk ramai orang kalau dia org baca posting ni. Memang kelakar sebab org luar yg ajar kita. Kat Putrajaya dia berhenti kat mana eh?.... Hmmmm...lain kali Pak Din kalau nak dtg Puchong ni naik bas ajelah, nanti kita org amik kat IOI tu.

Pak Din said...

Bas tu hanya berhenti di Putrajaya Central. Gunakanlah kemudahan yang disediakan; naik bas, bayar tiket dan ejoy keselesaan yang disediakan.......