Sunday, November 9, 2008

Menang RM20


Selepas sarapan di Medan Selera Presint 8, aku, isteri dan Fathiah telah ke Pertandingan Ski Air di Presint 6. Pelbagai pondok permainan dan jualan disediakan. Dah rezeki aku, masa lalu di pondok si Abon (artis Jawa), dia cabar penonton yang boleh "timang" bulu ayam (dulu masa aku kecik permainan ini dipanggil "sepak yem" atau "cap teh") melebihi 20 timangan (berjaya dilakukan oleh penonton terdahulu) akan diberi RM20. Walau pun hanya bersandal, aku cuba juga. Oleh kerana biasa timang bola takraw aku boleh buat 30 timangan.

Glamourlah kejap aku dapat tepukan penonton yang ada sambil dapat hadiah RM20 (sebutannya dua puluh ringgit).

Sesiapa yang baca posting ini, tolonglah jangan lagi sebut "RM20". (Penyampai di TV, di radio dan tidak ketinggalan guru-guru di sekolah pun selalu silap bila sebut nilai wang). Dulu bila simbolnya "$" betul pula sebutannya.

3 comments:

rohanaputeh said...

tahniah pak din! masih maintained yek n satu lagi pak din xperlu le word verifaction ni, bkn ape kekadang mata tua ni xjelas nak ikut word tu.

Sukimin said...

Ha ah lah pak din! kalau nak cuba ni ada link yang rohana buat http://rohanaputeh-whatgoesround.blogspot.com/2008/11/tidak-perlu-word-verification.html

Pak Din said...

Terima kasihlah kawan-kawan.... Tak perasan word verification tu "on".