Aku terima pelawaan Minjuk untuk menyaksikan perlawanan MU - Arsenal pada jam 3pagi di Restoran As-Subuh, Puchung. Berbagai persediaan aku buat agar "kepayahan" aku berjaga pagi tu tak memudaratkan. Antaranya tidur awal, set hp "berdering" dan bergetar pada 3pagi dan isi borang cuti kerja untuk Selasa ..........
Sebaik perlawanan bermula, aku perasan pergerakan dan hantaran bola pemain-pemain Arsenal tidak lancar. Padang Old Trafford bermasalah. Rupa-rupanya sangkaan aku tidak meleset. Esoknya di dada akhbar, Wenger, pengurus Arsenal mengeluarkan kenyataan bahawa padang bola di Old Trafford "unfit for attractive play".
Atas alasan tersebut tidak hairan MU memenangi perlawanan melalui gol "unsangkarable" Park JS.
1 comment:
wah, pak din dah dekat sama taraflah dgn wenger. Tapi kan pak din, dulu2 brazil terkenal dgn permainan cantik ala samba. Harapkan permainan cantik tapi tak menang, tak ke mana. Lebih baik main ala SAMBAL, pokoknya menang
Post a Comment