Sejak arwah bapak meninggal, tahun ni adik beradik buat keputusan beraya di Bangi; di rumah Kak Nap. Memandangkan 4 orang adik beradik berada di sekitar Bangi dan Kak Nap sebagai yang sulung (selepas arwah Kak Eton) semua setuju.
Katanya famili Kak Pah pun akan datang diri JB petang ni. Manja pula tak tentu lagi.
Ketin, Zaharah, Kak Nap & aku datang dengan famili masing-masing (lengkap). Shahrin, Jeff (suami Ju) turut hadir. Famili Zaharah temanya warna ungu, kak Nap- biru, Ketin dan aku tema campur....
Kak Nap buat ketupat, rendang ayam, kari ayam dan lodeh. Seronok dapat jumpa adik-beradik.
No comments:
Post a Comment