Foto ni agak antik. Diambil pada tahun 60an di Kedai Gambar Mee Too, Tampoi. Kedai gambar tu masih beroperasi di Angsana.
Kalau diamati gambar tu, adik beradik aku (sama bapa & ibu) semua ada. Adik beradik aku cuma 2 orang aje lelaki. Pada tahun 1978 (masa aku sedang tunggu result SPM, Kang Man meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah JB). Dalam surat mati doktor tulis "sesak nafas".
Pada tahun 1996, (aku sedang kerja di Sek Rantau PETRONAS) Kak Eton (yang pakai reben di leher - fesyen erea itu...) meninggal dunia di Hospital Universiti KL kerana barah payudara. Jadi kini adik beradik aku tinggal 6 orang sahaja. 4 orang tinggal di sekitar Putrajaya/Bangi/semenyih manakala 2 lagi di JB.
Kak Sal (anak Arwah Wak Buang) masa tu tolong arwah Mak berniaga nasi di Stesyen Bas JB (tapak kompleks TAR di JB kini).
Arwah Mak meninggal pada tahun 1979 di Hospital Kuala Lumpur. (aku tahun 1 di Maktab Perguruan Bahasa). Doktor kata pu nca kematian darah tinggi .....
Untuk adik-beradik yang baca entry ini, bolehlah tambah/betulkan info jika perlu. Sekurang-kurangnya boleh kenang masa tinggal di Skudai Kiri (terjun dari tingkap masa air pasang!!!)
No comments:
Post a Comment