Semalam, Isnin aku sengaja ambil cuti untuk uruskan beberapa hal.
1. Lepas hantar Amirul ke SMK Presint 16 (1), aku terus ke KL - AmInsurance untuk lapor dan tuntut gantirugi kereta Atos yang hilang. Walaupun telah bertanya dan senaraikan dokumen yang perlu dibawa dari staf AmBank di Kajang & Alamanda, masih ada dokumen yang kurang. Mereka kata tak perlu bawa surat sewa beli tapi dokumen itu yang mustahak. Bila tel AmBank KL mereka pula kata perlu maklumkan kpd mereka pula tentang kehilangan kereta tu.... Pening kepala! Pengvajaran : Jangan sampai hilang kereta..... Sargent Johari (jiran aku kata) selagi kereta kita tidak diPASAK ke bumi, pakar hanya ambil kurang 5 minit untuk angkut kereta kita!!
2. Lepas tu aku ke UNISEL Shah Alam. Oh lupa.... aku tunggang Karisma aku yang setia tu.... Dalam perjalanan lalu Lebuhraya Persekutuan, trafik buat operasi, ramai penunggang motor kena saman sebab tak guna lorong motosikal.. Kesian mereka... duit nak guna raya terpaksa bayar saman..... Kejutan ketika tiba di UNISEL - rupanya bil pengajian ISM TESL aku tertunggak RM 8,982.00. Nak raya, duit nak pakai.... Kena bayar juga k, kalau tidak tak boleh konvo 2 Nov ni.... Terpaksa jual SSP. Tak apalah, dari dulu tunggu kereta BMW, Merc dll - tak pernah dapat.......
3. Tiba rumah hampir tengah hari. Tukar Rusa pula dan terus ke Belakong, nak paksa/godak mechanic cepat repair Kancil Arif agar boleh guna raya ni.... Dia surul call Khamis ni. Dia akan cuba.
4. Tak ketinggalan petang tu aktiviti harian Bulan Ramadhan tidak ketinggalan..... Hantar pesanan mangkuk tingkat. Malam pun hantar juga untuk sahutr. Letih sungguh.
No comments:
Post a Comment