Pagi ni Amirul tunjuk surat makluman daripada SMK Putrajaya Presint 16(1), pelawa ibu bapa murid Ting 3 ambil result Ujian Percubaan PMR di kantin seklolah (7.30am - 10.00am). Aku tiba 7.15am - tak ada apa-apa persiapan di kantin. Lebih kurang pukul 7.35am datnglah beberapa guru perempuan bersama fail dan bahan untuk ditunjuk kepada ibu bapa.
Yang buat aku marah, dia orang langsung tak buat persiapan tempat!. Tak ada lebel nama kelas, tak ada nombor giliran, tak ada senarai semak. Aku tambah geram bila cikgu kelas Amirul layan bapa murid yang kebetulan berada di meja yang dia pilih untuk sesi pagi tu..... Aku cuba kawal sabar... puasa. Tapui lama pulak bapa murid tu bertanya hal pada guru kelas tu..... Aku terpaksa tercongok berdiri di sebelah, kalau aku pergi duduk nanti giliran aku orang ambil..... Nak tak nak kena tunggu juga. Sambil tu aku offer pada cikgu-cikgu lain yang belum ada "pelanggan" - kalau ada kertas A4 kosong aku boleh tolong buat label (menyindir) - sbb mak bapak makin ramai datang. Tapi dia olok-olok cari tapi tak buat apa-apa. Bila tiba gilran aku, aku cakap dengan cikgu tu, tak apalah... aku ambil report Amirul, turun tandatangan dan maklumkan pada cikgu tu; terima kasih sbb ajar & jaga Amirul. aku tak nak lama, aku tak nak ada mak bapak marah sbb lama sangat. Kalau tak silap tak sampai 1 minit urusan aku beres.
Aku terus ke pejabat, cari pengetua, Hj. Yusuf tapi malangnya dia tak ada. Aku dapat jumpa GPK 1, dia kata cikgu-cikgu terlepas pandang, dia akan uruskan. Aku tak tunggu sbb erlu ke pejabat, ada perhimpunan bulanan.
Aku masih ingat, masa di sekolah dulu.... persiapan tempat merupakan tugasan paling mustahak selepas sediakan laporan akademik murid........
No comments:
Post a Comment