Wednesday, October 1, 2008

Memori dgn Muhamad Zainolazhari



Al-Fatihah

Nama penuh : Muhamad Zainol Azhari b. Razali

Umur : 31 tahun

Ini merupakan antara foto terakhir dalam simpanan yang memaparkan Arwah Dino (nama mesra) sewaktu hari keluarga Hj. Selamat di UPM (makan durian). Dino merupakan anak sulung arwah Kak Eton dan Abg Zali. Dino ke KLumpur kerana "menjaga" Shahrin (adiknya) yang kemalangan sewaktu bertugas sebagai Lifeguard di kolam renang Presint 9, Putrajaya. Penglihatan Shahrin kabur akibat terkena letupan klorin sewaktu hendak mencuci kolam tersebut.


Dino meninggal dunia pada 1 Ogos 2008 akibat kemalangan semasa menunggang scooter Gilera di Semenyih. Dino tiba-tiba rebah sewaktu dalam perjalanan ke Rumah Zaharan di Semenyih.


Dino telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Alif, Tampoi, JB. Al-Fatihah. Semoga arwah dimasukkan dalam gulungan yang dirahmati. Amin.

No comments: