Wednesday, September 17, 2008

Kereta Atos Nana Kena Curi.....

Malam tadi selepas hantar mangkuk tingkat & sebelum tidur tergerak nak talipon Nana bertanyakan khabar, tapi mengenangkan dah lewat malam, tak jadi. Pagi ni kebetulan agak sibuk buat persiapan akhir sebelum terbang ke KTerengganu. Tiba-tiba Nana talipon sambil nangis beritahu kereta Atos yang BARU BELI dah hilang kena curi. Mulanya heran juga macam mana kereta dalam kampus pun bole hilang. Rupa-rupanya Allah nak tunjuk bahawa walaupun kita nah nasihat anak, mereka mudah lupa. Nana tinggal kereta di Stesyen Komuter UKM. Sekembalinya kereta dah hilang. Aku tanya pada pemadu-pemandu teksi yang ada di situ. Mereka semua kata tempat mu memang selalu berlaku kecurian kereta.
Kebetulan semalam hadiri kursus dalaman tentang budaya kerja cemerlang yang di sampaikan oleh Pak Sheikh (bekas Dekan di UPM), katanya, semua yang berlaku memang sudah bahagian (nasib) kita. Mesti ada kebaikan yang Allah dan sediakan untuk kita. Paling tidak pun katanya; Life is not fair - That's life.
Walaupun begitu aku dah ingatkan Nana, Arif dan Nurul perlu maklumkan @ minta kebenaran jika perlu ke tempat yang selain kampus/belajar.
InsyaAllah aku harap peristiwa ini akan beri pengajaran kepada semua termasuk diri aku sendiri.

1 comment:

manja said...

so sad to hear that nana! cik manja sempat naik atos you masa ke stesen ERL, ingat tak? tak pa. as your dad said.... it's already tersurat... byk2 bersabar!