Thursday, August 4, 2011

Bekas Guru Disiplin: Ulasan Peribadi


Harian Metro, 04 Ogos 2011, ms23A, Api Emosi
JOHOR BAHRU: Sesi pertemuan antara ibu bapa pelajar SMK bandar Baru UDA dengan pengurusan sekolah berkaitan dakwaan anak mereka digari serta dilayan ala banduan, semalam, tegang.

Sebagai bekas Guru Disiplin dan pernah anjurkan program hampir serupa, aku rasa tercuit untuk memberi pandangan berhubung kes ini.
Sewaktu di SK Ptrajaya 2, Presint 9 dulu, berlaku dalam satu sesi tahun persekolahan terdapat ramai murid yang punyai masalah disiplin. Antara kesalahan yang dilakukan adalah merosakkan harta sekolah [pecahkan lokar sekolah], bergaduh, ponteng sekolah dan ugut (?) - minta duit (secara paksa) murid Tahun 1. Setelah merekodkan segala kesalahan mereka dan mendapat persetujuan daripada GPK HEM, aku hubungi IPD Putrajaya untuk "lawatan" ke lokap polis.
Dengan andaian lawatan sambil belajar seperti yang lazimnya dianjurkan, murid-murid "terpilih" tiada masalah untuk terlibat dalam lawatan tersebut. Ramai kawan mereka yang tidak dipilih datang berjumpa aku kerana ingin turut serta. Pada hari lawatan, aku ajak sama anak aku, Amirul yang ketika itu berada dalam Tahun 5.
Sebaik sahaja semua murid itu masuk dalam Bilik Taklimat, seorang pegawai polis [India] yang berpangkat Inspektor dengan garang dan ganasnya telah bertanya kepada murid pertama di sebelahnya; apa kesalahan yang telah dilakukan dan menyebabkan dia "terpilih" untuk lawatan itu. Dia menjawab sambil "tersengih" dan sedikit ketawa. Dia segera telah dijerkah oleh pegawai polis tersebut. Murid itu mulai menangis kerana takut. Selepas itu murid-murid lain tanpa ditanya segera menjawab kesalahan dan ada yang dah mula bergenang air matanya. Amirul yang sekadar suka-suka ikut lawatan juga terkena tempiasnya kerana polis tu tak tahu dia sekadar ikut bapaknya membuat lawatan ke IPD Putrajaya.
Kebaikan daripada program itu; sebilangan besar murid yang bersama aku dalam lawatan tersebut, tiada lagi datangkan masalah kepada aku. Mereeka sedar jika terus lakukan kesalahan disiplin hidup mereka akan susah.
Berbalik kepada laporan akhbar Metro tersebut, jika boleh aku nak lihat, 10 tahun akan datang di manakah murid-murid itu berada. Adakah mereka berjaya menjadi "manusia"?


Aku juga berkesempatan baca Berita Harian berkenaan kes yang sama. Di Berita Harian terpapar gambar seorang wanita yang begitu beremosi menyuarakan pendapatnya. Aku juga percaya wanita itu mungkin tidak pernah hadir mesyarat PIBG atau datang ke sekolah semasa Hari Terbuka ............
Dari sudut ini aku amat bersyukur, anak-anak aku walau pun ada ketikanya nakal, tetapi masih lagi boleh terkawal. dan aku dan Anum tidak bertindak melulu.......

No comments: