Kalau para pengguna jalanraya di kawasan yang telah membangun perasan, sebelum tiba di persimpangan yang terdapat lampu isyarat, terdapat "garisan" hitam berbentuk segiempat melintang di jalanraya. Garis segiempat hitam tersebut berperanan sebagai "sensor" untuk mengesan kenderaan yang melalui jalan tersebut. Pengguna jalanraya perlu "melanggar" atau melalui di atasnya untuk mengaktifkan lampu isyarat di hadapan.
Terdapat sesetengah pemandu [maaf: selalunya wanita] yang terlalu "baik" yang berhenti agak jauh dari lampu isyarat sehingga tidak mengaktifkan "sensor" tersebut. Jadi sistem lampu isyarat tidak mengesan sebarang aktiviti kenderan daripada jalan tersebut yang menyebabkan lampu isyarat tidak akan bertukar hijau.
Pernah aku jumpa sewaktu balik kerja, seorang pemandu kereta [maaf lagi: wanita] dengan muka selamba menjeling cermin sisi apabila pemandu di belakang membunyikan horn dan memberi isyarat suruh bergerak sedikit ke hadapan kerana lampu isyarat telah beberapa pusingan tidak bertukar hijau. Bilangan kenderaan telah panjang sehingga hampir 100meter di belakang.
Jadi kepada sesiapa yang membaca post ini, dipohonkan agar dapat sampaikan maklumat ini kepada para pengguna jalan raya yang lain; dapat pahala & elakkan pengguna "naik angin".
No comments:
Post a Comment