Malam terakhir aku sempat solat sunat terawih di Surau Desa Rahmat, Tampoi. Seperti biasa, aku hanya larat buat 8 rekaat sahaja. Tetapi yang buat aku terpegun adalah disiplin yang diterap oleh AJK Surau yang telah melatih kanak-kanak yang datang ke surau untuk lakukan perkara yang amat berfaedah.
Selain sama-sama bersolat dan tidak membuat kacau, mereka juga akan segera ke verandah surau dan menyusun alas kaki para jemaah yang hadir. Jadi, sebaik jemaah selesai solat sunat witir, mereka akan dengan mudah cari alas kaki mereka.
Semoga akan menjadi ikutan kanak-kanak di lokasi-lokasi lain sewaktu solat terawih.
Wednesday, August 31, 2011
Jumpa Kawan Lama
Tuesday, August 30, 2011
Sentiasa Dalam Kenangan
4 Mac 2008: Ketika berita diterima, aku di rumah Putrajaya. Seminggu sebelumnya aku sempat balik ke JB. Masa tu arwah bapak memang dah agak uzur.
1 Ogos 2008; Agak terperanjat ketika terima berita arwah koma akibat jatuh motor (kemalangan?). Arwah meninggal di Hospital Kajang. Sebelumnya arwah sibuk jaga adiknya Shahrin yang kemalangan akibat terkena letupan kloride (tugas sampingan di kolam renang Presint 9, Putrajaya)
6 Januari 2007; Aku sedang kerja di Sekolah Rantau PETRONAS. Dua minggu sebelumnya sempat ziarah arwah yang telah tenat akibat barah payu dara di Hospital Universiti, KLumpur.
17 Jun 1979; Aku ketika itu berada di Tahun 1, Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Masa tu sedang sibuk nak pilihanraya Perwakilan Pelajar. Dalam minggu tersebut aku kerap berulang di rumah Arwah Kak Eton di Flat Sentul. Arwah meninggal di Hospital Kuala Lumpur. Aku bersama arwah bapak menemani arwah balik ke Skudai Kiri, JB dalam station wagon yang disewa.
11 Januari 1978; Sementara menunggu keputusan SPM, aku bekerja di kilang South Malaya di Tampoi (membuat bahan berasaskan wire). Dua hari sebelumnya aku yang temankan arwah daftar masuk ke Hospital Sultanah Aminah. Arwah sebelumnya telah banyak kali tangguh untuk ke hospital. Ketika itu arwah tiba-tiba kelihatan "tembam" - akibat kegagalan buah pinggang. Tak sangka pula semasa menerima rawatan, berlaku komplikasi yang menyebabkan paru-parunya gagal berfungsi.
Didoakan semoga semua roh mereka dicucuri rahmat dan dimasukkan dalam kumpulan mereka yang beriman.

Thursday, August 25, 2011
Ditangkap Tidak Puasa
Presint 9, Putrajaya; 20 Ogos 2011 [Sabtu]. Satu pasangan telah ditangkap kerana tidak berpuasa. Selain tidak berpuasa, pasangan itu juga telah didapati ber......... pada siang hari. Pihak berkuasa yang berkaitan perlu ambil tindakan segera agar kemuliaan bulan yang mulia tidak dicemari dengan perlakuan-perlakuan yang tidak bermoral.
v
v
v
v
v
v
v
v
Masa Dulu-dulu 1
Semasa aku berumur 8 tahun famili aku tinggal di rumah "kilat" di belakang kompleks JARO [Johor Area Rehabilitation Organisation], yang kini telah menjadi sebahagian daripada SMK Sultanah Engku Tun Aminah [SETA]. Tiada bekalan eletrik dan sumber air dari mata air yang banyak terdapat di lereng bukit. Semasa itu bersekolah di SK Ayer Molek [darjah 2] dan di SK Tambatan Rendah [Darjah 3].
Selepas Maghrib, aku kena pergi mengaji di salah sebuah Kuarters yang terdapat di kawasan itu. Sambil tu tumpang tonton TV. Rancangan yang aku miat masa tu ialah "Hawai Five-O". Hingga kini bila dengar muzik intro rancangan tu aku terbayang ombak besar yang ditayangkan pada perulaan rancangan.
Semasa aku berumur 10 tahun kami berpindah ke tanah TOL di Kampung Skudai Kiri. Apabila air pasang, terpaksa "singsing" seluar/kain untuk balik rumah. Ada bekalan letrik. Mulanya kena ambil air dari paip umum yang terletak 1km dari rumah dengan menggunakan kereta sorong. Selepas ekonomi famili baik sedikit, arwah bapak pasang paip air. Yang kelakarnya, paip air tu jadi macam ampaian, sebab nak elak kena air masin sewaktu air pasang. Untuk "lepas hajat", guna "tandas gantung". Masa tulah juga aku belajar berenang dan mendayung sampan. Ada kalanya sewaktu air pasang besar [sehingga mencecah lantai rumah] aku menjadi "penyelamat" ayam-ayam yang terperangkap di bawah rumah.
TV pula masa tu masih hitam putih. Saluran TV dan ditetapkan. Masih tiada "remote". Saluran yang ada adalah Saluran 1 [RTM-TV1], Saluran 10 [RTM-TV2], Saluran 5 dan Saluran 8[RTSingapura]. Masa tu TV3 belum ada lagi. Hari Selasa malam Rabu sentiasa dinanti kerana akan "tumpang" tonton TV di rumah jiran. Rancangan yang ditonton adalah "Combat" yang dibintangi oleh Vic Morror. Masa tu tak terfikir macam mana heronya sentiasa dapat elak mati ditembak dalam setiap pertempuran.

Monday, August 22, 2011
Life after No ASTRO
Sebelum berpindah ke Putrajaya pada akhir 1999, aku tidaklah begitu teruja untuk melanggar stesyen tv berbayar kerana ketika itu [di Tmn Universiti, JB] aku boleh dapat beberapa saluran TV Singapura dan juga Indonesia. Tapi sejak bertukar tempat kerja di Putrajaya dan punyai kedudukan kewangan yang "selesa" aku mula melanggan Astro. Ketika itu kalau tak melanggan Astro, aku hanya dapat TV1, Tv2 dan TV3 sahaja. Bayaran bulanan sekitar RM45 sahaja dan pemasangannya percuma.
Maka bermulalah epison baru aku dan famili menjadi pelanggan setia Astro. Pusat kitar semula Putrajaya akan tersenyum setiap kali aku datang kerana selalunyta majalah Astro [yang masih tidak dikoyak plastiknya] aku ikat bersama akbar-akhbar lama.
Dari dulu hingga aku berhenti langgan Astro, aku amat berharap program "realiti" seperti Akademi Fantasia sepatutnya dijadikan sebagai salah satu saluran berbayar terpilih; agar aku boleh tidak melanggannya. Suatu masa dahulu [kalau tak silap era Mawi-AF] pernah aku tamatkan langganan Astro kerana anak-anak aku begitu asyik menonton diari harian peserta AF setiap hari. Setiap kali aku tiba rumah/balik, mesti mereka berkumpul di depan TV. Aku segera potong langganan. Tapi hanya tahan sebulan sebab aku pula yang "rindu" nak nengok EPL.
Hari ini merupakan hari pertama hidup aku tanpa Astro. Agak janggal pula kerana selalunya aku akan tonton saluran 818 [sukan] sambil bersedia untuk ke tempat kerja. pagi ini aku tonton TV3 [unifi]. Aku kena kuatkan azam untuk TERUS KEKAL TIDAK MELANGGAN ASTRO. Biarlah piring satelit Astro di luar rumah aku tu jadi tukun untuk burung menenggek!
Nota
1. Astro cukup mahir nak gigit setiap sen duit pelanggannya.
2. Sebaik 'confirm' Unifi boleh guna di rumah aku pada 21 Julai 2011, aku segera telefon Astro untuk potong langganan. Tapi malangnya aku perlu beri notis satu bulan kata tefonis Astro [termaktub dalam perjanjian katanya]. Maka aku terpaksa langgan satu bulan tambahan.
3. Bila bil Astro datang, aku dikehendaki membayar perkhidmatan sehingga 31 Ogos walhal aku dah notis hingga 21hb sahaja. Aku segera telefon Astro. Aku yakin Astro tidak akan pulangkan lebihan bayaran jika aku bayar bil tersebut.
4. Arsenal kini sedang merudum prestasinya, jadi minat aku pada EPL turut merudum........

Wednesday, August 17, 2011
110817 Breaking Of Fast
Monday, August 15, 2011
110814 Rewang #2
Imam-imam jemputan dari Al-Azahar
Tradisi komuniti Jalan P9G1/4 diteruskan tahun ini. Berdasarkan collection yang dijalankan, kami telah berjaya memasak dan menyediakan juadah berbuka untuk qariah surau presint 9 sebanyak 2 kali. Itu pun masih ada berbaki duit terkumpul.
InsyaAllah akan diusahan untuk lakukan kali #3.
Friday, August 12, 2011
zydean@unifi
Bersesuaian dengan perkembangan teknologi terkini, aku mulai melanggan unifi mulai minggu lepas. Harapannya bukan sahaja dapat internet laju tapi dapat juga siaran TV dan panggilan percuma ke seluruh Malaysia. Cukup banyak cabarannya ....... asalnya wifi tak serasi dengan laptop HP dan Lenovo yang aku ada.... Nasib baik staf unifi TM tu 9Amir Khaisan) anak kepada kenalan baik semasa kerja di Terengganu dulu.
Semua laptop yang ada dikeluarkan..... Akhirnya buat sementara terpaksa guna reuter lama sebelum Amir Khaisan ambil reuter yang baru. Kebetulan pula jiran di hadapan rumah baru beli iPad2...... (Buat aku jealous je .....) Dia segera "mengetest" ipad2nya dan sangat berpuas hati .......
Nampaknya kena tukar netbook tu ........

Wednesday, August 10, 2011
Monday, August 8, 2011
Friday, August 5, 2011
Thursday, August 4, 2011
Bekas Guru Disiplin: Ulasan Peribadi
Harian Metro, 04 Ogos 2011, ms23A, Api Emosi
JOHOR BAHRU: Sesi pertemuan antara ibu bapa pelajar SMK bandar Baru UDA dengan pengurusan sekolah berkaitan dakwaan anak mereka digari serta dilayan ala banduan, semalam, tegang.
Sebagai bekas Guru Disiplin dan pernah anjurkan program hampir serupa, aku rasa tercuit untuk memberi pandangan berhubung kes ini.
Sewaktu di SK Ptrajaya 2, Presint 9 dulu, berlaku dalam satu sesi tahun persekolahan terdapat ramai murid yang punyai masalah disiplin. Antara kesalahan yang dilakukan adalah merosakkan harta sekolah [pecahkan lokar sekolah], bergaduh, ponteng sekolah dan ugut (?) - minta duit (secara paksa) murid Tahun 1. Setelah merekodkan segala kesalahan mereka dan mendapat persetujuan daripada GPK HEM, aku hubungi IPD Putrajaya untuk "lawatan" ke lokap polis.
Dengan andaian lawatan sambil belajar seperti yang lazimnya dianjurkan, murid-murid "terpilih" tiada masalah untuk terlibat dalam lawatan tersebut. Ramai kawan mereka yang tidak dipilih datang berjumpa aku kerana ingin turut serta. Pada hari lawatan, aku ajak sama anak aku, Amirul yang ketika itu berada dalam Tahun 5.
Sebaik sahaja semua murid itu masuk dalam Bilik Taklimat, seorang pegawai polis [India] yang berpangkat Inspektor dengan garang dan ganasnya telah bertanya kepada murid pertama di sebelahnya; apa kesalahan yang telah dilakukan dan menyebabkan dia "terpilih" untuk lawatan itu. Dia menjawab sambil "tersengih" dan sedikit ketawa. Dia segera telah dijerkah oleh pegawai polis tersebut. Murid itu mulai menangis kerana takut. Selepas itu murid-murid lain tanpa ditanya segera menjawab kesalahan dan ada yang dah mula bergenang air matanya. Amirul yang sekadar suka-suka ikut lawatan juga terkena tempiasnya kerana polis tu tak tahu dia sekadar ikut bapaknya membuat lawatan ke IPD Putrajaya.
Kebaikan daripada program itu; sebilangan besar murid yang bersama aku dalam lawatan tersebut, tiada lagi datangkan masalah kepada aku. Mereeka sedar jika terus lakukan kesalahan disiplin hidup mereka akan susah.
Berbalik kepada laporan akhbar Metro tersebut, jika boleh aku nak lihat, 10 tahun akan datang di manakah murid-murid itu berada. Adakah mereka berjaya menjadi "manusia"?

Aku juga berkesempatan baca Berita Harian berkenaan kes yang sama. Di Berita Harian terpapar gambar seorang wanita yang begitu beremosi menyuarakan pendapatnya. Aku juga percaya wanita itu mungkin tidak pernah hadir mesyarat PIBG atau datang ke sekolah semasa Hari Terbuka ............
Dari sudut ini aku amat bersyukur, anak-anak aku walau pun ada ketikanya nakal, tetapi masih lagi boleh terkawal. dan aku dan Anum tidak bertindak melulu.......

Wednesday, August 3, 2011
Lampu Isyarat Pintar
Isu ni aku dah nak tulis beberapa minggu lalu, tapi hanya sempat post tajuknya sahaja. hari ini aku terpaksa luangkan masa sebab akibatnya terjadi lagi pada aku pagi tadi sewaktu hendak ke tempat kerja.
Kalau para pengguna jalanraya di kawasan yang telah membangun perasan, sebelum tiba di persimpangan yang terdapat lampu isyarat, terdapat "garisan" hitam berbentuk segiempat melintang di jalanraya. Garis segiempat hitam tersebut berperanan sebagai "sensor" untuk mengesan kenderaan yang melalui jalan tersebut. Pengguna jalanraya perlu "melanggar" atau melalui di atasnya untuk mengaktifkan lampu isyarat di hadapan.
Terdapat sesetengah pemandu [maaf: selalunya wanita] yang terlalu "baik" yang berhenti agak jauh dari lampu isyarat sehingga tidak mengaktifkan "sensor" tersebut. Jadi sistem lampu isyarat tidak mengesan sebarang aktiviti kenderan daripada jalan tersebut yang menyebabkan lampu isyarat tidak akan bertukar hijau.
Pernah aku jumpa sewaktu balik kerja, seorang pemandu kereta [maaf lagi: wanita] dengan muka selamba menjeling cermin sisi apabila pemandu di belakang membunyikan horn dan memberi isyarat suruh bergerak sedikit ke hadapan kerana lampu isyarat telah beberapa pusingan tidak bertukar hijau. Bilangan kenderaan telah panjang sehingga hampir 100meter di belakang.
Jadi kepada sesiapa yang membaca post ini, dipohonkan agar dapat sampaikan maklumat ini kepada para pengguna jalan raya yang lain; dapat pahala & elakkan pengguna "naik angin".
Subscribe to:
Posts (Atom)