Tuesday, August 30, 2011

Sentiasa Dalam Kenangan

4 Mac 2008: Ketika berita diterima, aku di rumah Putrajaya. Seminggu sebelumnya aku sempat balik ke JB. Masa tu arwah bapak memang dah agak uzur.
1 Ogos 2008; Agak terperanjat ketika terima berita arwah koma akibat jatuh motor (kemalangan?). Arwah meninggal di Hospital Kajang. Sebelumnya arwah sibuk jaga adiknya Shahrin yang kemalangan akibat terkena letupan kloride (tugas sampingan di kolam renang Presint 9, Putrajaya)
6 Januari 2007; Aku sedang kerja di Sekolah Rantau PETRONAS. Dua minggu sebelumnya sempat ziarah arwah yang telah tenat akibat barah payu dara di Hospital Universiti, KLumpur.

17 Jun 1979; Aku ketika itu berada di Tahun 1, Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Masa tu sedang sibuk nak pilihanraya Perwakilan Pelajar. Dalam minggu tersebut aku kerap berulang di rumah Arwah Kak Eton di Flat Sentul. Arwah meninggal di Hospital Kuala Lumpur. Aku bersama arwah bapak menemani arwah balik ke Skudai Kiri, JB dalam station wagon yang disewa.
11 Januari 1978; Sementara menunggu keputusan SPM, aku bekerja di kilang South Malaya di Tampoi (membuat bahan berasaskan wire). Dua hari sebelumnya aku yang temankan arwah daftar masuk ke Hospital Sultanah Aminah. Arwah sebelumnya telah banyak kali tangguh untuk ke hospital. Ketika itu arwah tiba-tiba kelihatan "tembam" - akibat kegagalan buah pinggang. Tak sangka pula semasa menerima rawatan, berlaku komplikasi yang menyebabkan paru-parunya gagal berfungsi.

Didoakan semoga semua roh mereka dicucuri rahmat dan dimasukkan dalam kumpulan mereka yang beriman.

No comments: